Sunday, July 6, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti

Negatif Dadah! Uqasha Senrose Halang Netizen Komen di Instagram

by Phic ARMAN
May 7, 2018
Share on Facebook

Walaupun ditahan polis kerana memandu dalam keadaan khayal berhubung penemuan dadah dalam beg tangannya, ternyata pelakon Uqasha Senrose tak bersalah. Ujian air kencing yang dijalankan mendapati ia negatif dadah dan Uqasha kemudian dilepaskan selepas keterangannya direkodkan.

Menurut satu laporan media dari Malaysiakini, selepas Uqasha dibebaskan, dia dihubungi namun tidak memberi sebarang maklum balas berhubung laporan polis yang mendakwa dirinya memandu dalam keadaan khayal dan berjanji untuk menghubungi semula.

“Saya akan hubungi semula,” ujarnya.

Tutup Ruangan Komen

Dalam tinjauan kami menerusi media sosial, Uqasha terus menutup ruangan komen di Instagramnya mungkin untuk memberi sedikit ruang pada dirinya menyelesaikan permasalahan ini. Sebelum ini pun, Uqasha memang sering menutup ruangan komen kerana banyak isu kontroversi menghantui hidupnya sebagai anak seni.

Adakah Uqasha menutup ruangan komen di Instagram itu disebabkan sudah tidak tahan dengan komen negatif yang diterima?

Dibebaskan Kerana Negatif Dadah

Walaupun Uqasha dibebaskan, pihak polis akan menghantar 53 pil disyaki dadah eramin 5 ke Jabatan Kimia manakala kertas siasatan berkaitan kemalangan dan penemuan dadah dalam beg pelakon itu akan dihantar kepada Jabatan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.

Kemalangan pada pukul 11.45 pagi itu berlaku ketika Uqasha memandu kenderaan utiliti sukan (SUV) Range Rover seorang diri telah melanggar kenderaan Honda BRV dipandu seorang lelaki.

View this post on Instagram

A post shared by UQASHA SENROSE (@uqashasenrose2)

Kami di murai.my mengharapkan siasatan ini dapat diselesaikan dengan baik demi menjaga reputasi Uqasha Senrose yang semakin meningkat naik dalam kerjaya seninya. Sama-sama kita doakan.

Sumber Malaysiakini

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Uqasha Balas Kecaman Netizen- "Raya Pun Nak Bergosip Fasal Kamal Duduk Bawah?"
dadahuqasha senrose
https://lomp.at/85zgi
Share2Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem