Personaliti popular, Mat Dan dan isteri, Nadifa Adnan menimang cahaya mata lelaki sulung pada 5 Mei lepas. Berita tersebut dikongsi oleh hos program Mat Dan Kaki Jalan itu melalui Instagram milik Mat Dan.

Mat Dan atau nama Islamnya, Kareef Daniel Abdullah memuat naik sekeping foto bayi.

“Alhamdulillah, pada 5 Mei lalu, jam 6.43 petang, isteri saya selamat melahirkan anak sulung kami.

Kedua-dua ibu dan anak dalam keadaan sihat. Terima kasih kepada semua yang mendoakan kesejahteraan kami sekeluarga,” tulis Mat Dan.

Jejaka kelahiran Bristol, England itu turut mengucapkan terima kasih kepada doktor dan jururawat yang banyak membantu melancarkan proses kelahiran bayi itu.

Mat Dan dan isterinya diijabkabulkan pada 12 Mac tahun lalu di Bukit Chendering, Kuala Terengganu. Majlis perkahwinan pasangan itu diketahui umum selepas gambar pertunangannya dengan gadis itu tular beberapa jam sebelum mereka disatukan.

Sumber : Instagram Mat Dan