Saturday, June 25, 2022
  • HYPE MY
  • DIVA MY
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Inspirasi
  • Selera
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Inspirasi
  • Selera
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Selebriti

[VIDEO] Mawi Kesal Kerana Dikaitkan Dengan Rosmah Mansor

by Phic Arman
May 14, 2018
[VIDEO] Mawi Kesal Kerana Dikaitkan Dengan Rosmah Mansor
Share on Facebook

Sejak bermulanya pemeritahan baru di Malaysia, pelbagai isu hangat telah cuba dibangkitkan oleh orang ramai. Cerita lama pun disensasikan semula! Muzik video lagu Lara Jiwa nyanyian bersama Datin Seri Rosmah Mansor dan Mawi kembali tular dalam beberapa hari ini.

Menurut laporan dari Harian Metro, hal ini turut disedari oleh Mawi dan dia akui sangat terkejut.  Memandangkan Rosmah adalah isteri kepada bekas Perdana Menteri, namun dia tidak mahu perkara itu dipolitikkan kerana lagu itu dirakam sudah lama iaitu pada tahun 2005.

View this post on Instagram

A post shared by Murai MY (@muraimalaysia)

“Saya faham negara kita baru selesai Pilihan Raya Umum ke-14. Jadi apa saja yang membabitkan artis terutama bersangkut paut dengan pemimpin terdahulu, netizen akan cari semula termasuklah lagu ini.

“Saya tidak ada masalah lagu ini ditularkan semula, cuma janganlah dipolitikkan atau disalah anggap. Kalau boleh jangan timbulkan cerita buruk. Bagi saya, kita patut lebih bersederhana.”

View this post on Instagram

IKLAN

A post shared by MAWI @ZAYAN.MY (@cahayaasmawi)

Mawi memberitahu lagu yang dirakam itu bagi menjayakan Tabung Persatuan Bencana Alam Negeri Kedah dan tidak seharusnya orang ramai mempolitikkan video itu.

“Menerusi lagu ini, kali pertama saya bekerjasama dengan orang kenamaan selepas habis AF3. Mungkin ramai tidak tahu, lagu ini dirakam bagi menjayakan Tabung Persatuan Bencana Alam Negeri Kedah. Lagu ini dijadikan lagu tema kempen berkenaan. Ia sesuatu yang bagus. Namun, apabila ada pihak menuduh dan mempolitikkan perkara ini, bagi saya ia tidak patut. Dalam masa sama, mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya.”

Walaubagaimanapun, Mawi menegaskan kepada semua peminatnya agar tidak lupa pada kebaikan seseorang kepada kita.

“Apa ingin dikatakan, jangan sekali pernah lupakan kebaikan seseorang kepada kita,” katanya.

Hormati Pemerintah Lama

Nasiha dari kami di murai.my, walaupun rakyat telah memilih untuk memberikan mandat baru kepada gabungan yang dikenali sebagai Pakatan Harapan, namun kita perlu mengenang apa yang telah dibangunkan oleh pemerintah sebelum ini.

Bermula dengan gabungan parti politik menerusi Perikatan sehinggalah jatuhnya Barisan Nasional, mereka telah berjaya membangunkan negara sehingga kita dapat menikmati apa yang kita miliki sekarang.

Sumber Harian Metro

***Jangan lupa langgan saluran Telegram Murai untuk kemas kini berita terkini. 

Tags: mawinajib razakPRU14rosmah mansor
Share1Tweet1SendShareShare

ADVERTISEMENT

ARTIKEL BERKAITAN

“Sumpah Sebijik!” – Ramai Artis & Peminat Puji Mimi Ernida Sama Macam Alia Bhatt!
Selebriti

“Sumpah Sebijik!” – Ramai Artis & Peminat Puji Mimi Ernida Sama Macam Alia Bhatt!

by Raff Ali
June 24, 2022

Pelakon Mimi Ernida mencuri tumpuan ramai apabila tular dengan imej menyerupai aktres popular Bollywood, Alia Bhatt. Menerusi tinjauan Murai MY...

Read more
‘Jangan Dengar Gosip’- Ifa Raziah Pegang 6 Kunci Untuk Kekal Bahagia
Selebriti

‘Jangan Dengar Gosip’- Ifa Raziah Pegang 6 Kunci Untuk Kekal Bahagia

by Mas Ayu
June 24, 2022

Sebagai manusia biasa pasti ada naik turunnya dalam kehidupan, apatah lagi banyak faktor yang boleh menyebabkan diri diselubungi dengan negativiti...

Read more
“Berpautlah Padaku Hingga Ke Syurga”- Syamel Titip Ucapan Istimewa Rai Hari Lahir Ernie Zakri
Selebriti

“Berpautlah Padaku Hingga Ke Syurga”- Syamel Titip Ucapan Istimewa Rai Hari Lahir Ernie Zakri

by Mas Ayu
June 24, 2022

Penyanyi berbakat besar, Syamel, memberi ucapan istimewa untuk Ernie Zakri sempena hari lahir isterinya yang ke-30 tahun semalam di Instagram-nya....

Read more
Iqbal Zulkifli Boleh Menangis Setiap Kali Di Tanya Pasal Jodoh, Kenapa?
Lokal

Iqbal Zulkifli Boleh Menangis Setiap Kali Di Tanya Pasal Jodoh, Kenapa?

by Hakim Faz
June 24, 2022

Nama Ahmad Iqbal Zulkifli bukan lagi asing di dalam kalangan netizen kerana selalu terjerut dengan pelbagai isu dan kontroversi. Antara...

Read more
Load More

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Ismail Leon Persoal Di Mana Bapa, Ini Penjelasan Rihana Oksana Petra

  2. 2

    “Rasa Nak Pengsan Jap Masa Tu”- Lisa Surihani Kongsi Momen Pertama Kali Bertemu Nora Ariffin

  3. 3

    “Aku Tak Menyorok La Sia*!”- Syamsul Yusof Tegur Portal Berita Terkenal

  4. 4

    “Dapat 1 Bulan Naik MRT/ LRT Free Pun Korang Memekak”- Nedim Nazri Teruk Dikecam Netizen?

  5. 5

    ‘Gambar 4 Tu’ – Netizen Terkejut Lihat Saiz Pinggang Aina Abdul?

Murai MY

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: [email protected]

  • Pengiklanan
  • Penafian
  • Kerjaya
  • Hubungi Kami

©2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Inspirasi
  • Selera