Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Indonesia

Terkenal Di Hollywood! Siapakah Iko Uwais Sebenarnya?

by Khai Azfar
May 24, 2018
Share on Facebook

Jika anda menonton filem Star Wars: Episode VII The Force Awakens yang ditayangkan pada tahun 2015 anda akan mengenali pelakon kacak ini, Iko Uwais yang memegang watak sebagai Razoo Kin-fee.

Meskipun hanya watak pembantu, namun buat mereka yang berlakon di dalam filem yang dikategorikan sebagai filem mega ini dianggap sebagai superstars!

Iko Uwais Berasal Dari Indonesia

Buat anda yang tidak tahu, Iko sebenarnya berasal daripada Indonesia. Memiliki kemahiran di dalam seni mempertahankan diri seperti Silat dan juga pelakon lagak ngeri, karier gemilang Iko di persada antarabangsa bermula apabila dia disunting untuk berlakon di bawah Gareth Evans ketika pengarah itu sedang membuat dokumentari mengenai Silat di tempat Iko.

Bergandingan Dengan Mark Wahlberg

Sejak itu, nama Iko sering kali dipilih untuk mengajar beberapa pelakon untuk aksi lagak ngeri. Selain filem Star Wars, Iko juga pernah membintangi filem The Raid, The Raid 2 , Beyond Skyline dan banyak lagi.

Terbaru, pelakon yang telah berkahwin dengan penyanyi Jazz Indonesia, Audy Item ini akan memegang watak utama bergandingan dengan Mark Walhberg menerusi filem Mile 22.

Trailer filem ini telah pun ditayangkan dan murai.my difahamkan Iko memegang watak sebagai Li-Noor. Jika Malaysia mempunyai Datuk Michelle Yeoh, Indonesia pula kini berbangga dengan Iko Uwais yang meletakkan diri mereka sebaris dengan pelakon Hollywood terkenal. Syabas!

https://youtu.be/jSEY-y5ZByw

Error happened.
filem mile 22iko uwaisiko uwais mile 22iko uwais star warsmark walhberg
https://lomp.at/4xg7y
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  2. 2

    Rakyat Bimbang? 5 Perkara Tentang BUDI MADANI Yang PMX Baru Je Umum, Anda Perlu Faham

  3. 3

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  4. 4

    Arab Saudi Laksana Hukum Hudud, Saiful Apek Kecewa Yassin Masih Ditahan Atas Tuduhan Berat

  5. 5

    Ramai Tengah Serbu Seri Negara KL, Tempat Bersejarah Ini Kini Nampak Lebih Moden

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara