Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

“Kau Tunggu Azab Kubur Nanti”- Azwan Ali Takkan Maafkan Si Penipu

by Khai Azfar
May 25, 2018
Share on Facebook

Selebriti sensasi, Azwan Hj Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA baru-baru ini menggemparkan industri apabila bertanding untuk Pilihanraya Umum Ke-14. Malah lebih dramatik, dia telah bertanding di parlimen yang sama abangnya bertanding, Datuk Seri Mohamed Azmin Hj Ali. Azwan bagaimanapun telah kalah dan hanya memperoleh 90 undi berbanding abangnya yang menang besar di kawasan itu.

Azwan Mengamuk Lagi

Malah ketika sesi pengundian sedang rancak dijalankan, Azwan telah mengamuk kerana mendakwa tabung kertas undi telah ditukar dan video tersebut turut tular seperti dimuatnaik di Facebook murai.my sebelum ini.

Terbaru, Azwan sekali lagi dikatakan telah mengamuk gara-gara mengetahui terdapat segelintir individu yang mewujudkan akaun palsu nya di Twitter. Malah terbaru terdapat sebuah ‘parodi’ yang mengaitkan dirinya dengan abangnya sehingga tular di Twitter.

“Walaupun saya sudah tak ada akaun Twitter, saya tahu mengenai jenaka berkenaan. Saya tahu ia sekadar jenaka dan tidak menggunakan sebarang ayat kurang ajar, tapi saya tetap tak akan maafkan mereka. Go ahead, buatlah. Teruskan menipu dan menyamar sebagai saya. Kau tunggu azab kubur nanti,”

Menyedari akan hal itu, Azwan memberitahu dia tidak akan memaafkan mana-mana individu yang menjadikan dirinya sebagai bahan jenaka di laman sosial.

Masih Belum Berbaik Dengan Azmin

Gambar : Berita Harian

Tambahnya, ramai yang menganggap dia sudah berbaik dengan Azmin sedangkan perkara itu juga sama sekali tidak benar. Meskipun tweet tersebut dilihat seperti lawak jenaka namun bagi Azwan dia tetap tidak ‘merestui’ perbuatan mana-mana individu yang mewujudkan akaun tersebut.

“Bila masa saya berbaik dengan Azmin, saya belum terbuka hati lagi untuk memaafkannya. Sebesar hama pun saya tak maafkan walaupun dia dah jadi menteri sekarang,”

Barangkali mungkin Azwan boleh kembali ke Twitter kerana ramai yang terhibur melihat setiap ungkapan yang diluahkan dan barangkali mungkin kerana itu wujudnya akaun parodi tersebut.

“Aku Tak Maafkan, Sampai Mati Aku Cari Kau” – Aliff Syukri Kecewa Beg Dipijak Diva AA, Dakwa Badan Disihir

Sumber  MStar Online 

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
azwan aliDiva AA
https://lomp.at/g50zg
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  2. 2

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  3. 3

    “Dah Banyak Kes Orang Sakit Mental”- Rakyat Mula Resah, Kuota BUDI95 Didakwa Punca Kesihatan Terjejas

  4. 4

    Ramai Tengah Serbu Seri Negara KL, Tempat Bersejarah Ini Kini Nampak Lebih Moden

  5. 5

    Rakyat Bimbang? 5 Perkara Tentang BUDI MADANI Yang PMX Baru Je Umum, Anda Perlu Faham

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara