Tuesday, June 6, 2023
  • HANGAT
  • DIVA
  • STADIUM
No Result
View All Result
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Selebriti

Sudah Jatuh Ditimpa Tangga! Ramadhan Yang Menguji Sherry Ibrahim

by Ayden Mikhael
May 26, 2018
Share on Facebook

Ramadan tahun ini sangat menguji Sherry Ibrahim apabila pada mulanya pejabatnya telah dimasuki pencuri dan baru-baru ini pula, sebanyak tiga kotak tudung jenama Sherry Scarves didapati hilang.

Sherry atau nama sebenarnya Syarizad Ibrahim telah dimaklumkan oleh pekerjanya bahawa tiga daripada 21 kotak tudung berkenaan telah hilang semasa mereka dalam perjalanan.

“Baru dua minggu lepas lapan telefon di pejabat kena curi, hari ini pula kes lain. Petang tadi dapat call saya diberitahu tiga kotak dari 21 kotak yang setiap satu mengandungi 104 helai tudung hilang.

“Ia berlaku ketika dalam perjalanan ke kedai. Kotak-kotak selebihnya berada dalam keadaan basah,” tulisnya DI Instagram.

https://www.instagram.com/p/BjKWBbbHXFs/?taken-by=sherryibrahim

Sebanyak kira-kira RM35,000 kerugian terpaksa ditanggung oleh Sherry itu atas kehilangan sebanyak 312 helai tudung yang terdapat di dalam tiga kotak yang ‘ghaib’ itu.

“Tak semua orang sanggup nak susah untuk mencari rezeki yang halal. Mungkin itu cara segelintir orang untuk hidup senang,” ujar Sherry.

Sebelum ini, Sherry ada mendedahkan bahawa pejabat jualan dalam talian Sherry Scarves telah dimasuki perompak dan nasib menyebelahi dirinya apabila kamera litar tertutup CCTV di kedainya dapat menangkap dengan jelas wajah individu tersebut.

https://www.instagram.com/p/Bix9CZEnM0B/?taken-by=sherryibrahim

Oleh itu, Sherry telah mengambil keputusan untuk membuat laporan polis serta mendedahkan foto individu tersebut bertujuan untuk meminta bantuan daripada masyarakat umum.

Akibat insiden pertama itu, Sherry telah kehilangan sebanyak sembilan buat telefon bimbit yang di dalamnya menyimpan data ramai pelanggan. murai.my berharap agar semoga Sherry tabah dengan apa yang terjadi. Allah telah berkata dengan jelas di dalam Al-Quran yang Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini. 

FILED UNDER Sherry Ibrahim
Share1Tweet1SendShareShare

ARTIKEL BERKAITAN

Gossip

Tular Berita Sedang Sakit, Sherry Ibrahim Jelas Cerita Sebenar!

by Naddy Joe
May 26, 2023
Lokal

Jin Sekat Nafsu Makan, Sherry Ibrahim Akui Sudah Ikhtiar Dan Redha Dengan Gangguan Sihir Yang Dihantar

by Puteri Alia
May 23, 2023
Lokal

Isu Kelihatan Lesu Dalam Sebuah Acara, Sherry Ibrahim Beri Penjelasan!

by Naddy Joe
March 17, 2023
Lokal

Terpaksa “Paused” Scene Sebab Rasa Sebak! Sherry Ibrahim Sedih Dengan Watak Yang Dibawa

by Aphit J.
November 26, 2022

IKLAN

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Anzalna & Afifah Bersuara Isu Bapa Ditamatkan Kontrak Sebagai CEO FINAS

  2. 2

    “Orang Ingat Dapat Baby Best?”-Perit Berjuang Tengah Malam Jaga Anak, Neelofa Akui Sering Kejut Suami Sambil Menangis

  3. 3

    Penampilan Yasmin Hani Undang Pelbagai Reaksi Netizen?-“Untung Cameraman…”

  4. 4

    Tidak Kisah Pendapatan Lebih Tinggi Daripada Bakal Suami, Shila Amzah Terima Ubai Walaupun Gaji Bulanan Rendah!

  5. 5

    Gara-gara Teruk Difitnah, Aqil Zulkiflee Akhirnya Menang Saman

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan