Bulan ini sahaja kecoh mengenai pengamal media sosial, Faiz Roslan ekoran pelbagai kontroversi yang dicetuskan olehnya. Jika sebelum ini mengenai isu berpakaian seperti wanita, terbaru tular sebuah video mengenai kenyataannya secara terbuka yang mengaku tidak berpuasa dan menganggap ianya sebagai satu perkara yang sia-sia. Video tersebut telah mencetuskan kemarahan rakyat Malaysia sehingga turut mendapat reaksi dari Mufti Wilayah Persekutuan.

Nyahaktif Akaun Media Sosial

Terbaru, hasil tinjauan kami mendapati Faiz telah menyahaktif semua akaun sosial medianya seperti Twitter dan Instagram buat sementara waktu. Sebelum itu, dia sempat memuat naik beberapa status di Twitternya sebelum memutuskan untuk mendiamkan diri sehingga Aidilfitri.

IKLAN

“Saya mengambil keputusan untuk mendiamkan diri daripada media sosial sehingga raya.”

“Ya, ada orang kata saya boleh larikan diri dekat media tapi bukan dekat netizen dan Allah. Saya tahu tu”

Belajar Dari Kesilapan

Menyedari akan kemarahan yang timbul, Faiz turut memohon maaf dan sudah mendapat pengajarannya. Lantaran itu juga, dia mengambil keputusan untuk berhenti membuat video untuk jangka masa yang agak lama.

“Saya akan berhenti membuat video untuk waktu yang lama. Now I got the lesson,”

“Kita sesama manusia memaafkan satu sama lain. Saya minta maaf. Sudah banyak tweet yang buruk pasal saya, video saya di explore IG, macam-macam lagi, well nama dah kotor, apa boleh buat. Sekarang saya reda dan saya akan mendiamkan diri untuk sementara waktu,”

Diharap benarlah Faiz sudah menyesal akan perbuatannya kerana ini bukanlah kali pertama mahupun kedua dia memohon maaf atas keterlanjuran perbuatannya itu. Mungkin Faiz boleh bermuhasabah diri dan perbaiki cara penyampaiannya akan datang.