Friday, July 4, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti

‘Adoi! Drama Lagi’- Chef Wan Komen Isu Pelantikan Peguam Negara

by Phic ARMAN
June 4, 2018
Share on Facebook

Baru-baru ini agak kecoh juga mengenai isu pelantikan Peguam Negara berikutan penolakan Istana Negara terhadap cadangan Perdana Menteri melantik peguam veteran Tommy Thomas. Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad melantik Thomas sebagai Peguam Negara bagi menggantikan Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang kini diarah bercuti sebulan.

Tommy Thomas

Ini isu berkaitan dengan pentadbiran undang-undang, tetapi nampaknya sudah ramai pengamal media sosial bertindak sebagai hakim dengan menyalahkan pihak-pihak tertentu.

View this post on Instagram

A post shared by chef wan (@_chefwan58)

Hal ini turut dirasai oleh chef selebriti terkenal, Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan yang menganggap isu perlantikan Peguam negara ini sebagai sebuah drama yang tak berkesudahan.

Rakyat Bermain Isu Perkauman

Chef Wan berkata, rakyat Malaysia tidak sepatutnya bermain dengan isu-isu perkauman dalam memilih seorang pemimpin. Tommy Thomas dengan latar belakangnya sebagai seorang peguam yang begitu berpengalaman serta rekod kerja yang baik adalah calon yang layak dilantik menjadi Peguam Negara.

Beri ruang Kerajaan Baru Jalankan Tugas

Menurut satu laporan dari Sinar Harian, Yang Dipertuan Agong enggan memperkenankan pencalonan tersebut dan pendirian Agong mungkin mendapat sokongan oleh sebahagian daripada Majlis Raja-Raja. Antara lainnya, mungkin ianya kerana soal bangsa dan agamanya. Kerana baginda-baginda sudah begitu biasa dengan Peguam Negara dari Melayu Islam sebelum ini.

Chef Wan menasihati rakyat Malaysia supaya beri ruang kepada Tun M dan PH menjalankan tanggung jawab dan beri sokongan dalam pelantikkan ini.

Peguam Negara Bukan Melayu-Islam Tak Sepatutnya Jadi Isu

Malaysia pernah mempunyai peguam negara bukan Melayu-Islam sebelum ini, antaranya peguam negara bukan Melayu-Islam terdahulu ialah Thomas Vernor Alexander Brodie (1955-1959), Sheridan (1959-1963) dan Athi Nahappan (1970-1974). Tetapi sejak 1977, semua tujuh peguam negara ialah Melayu-Islam.

Sumber IG Chef Wan

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
[VIDEO] Gelagat Chef Wan Membebel Sebelum Beri Duit Raya, Buatkan Netizen Terhibur!
Athi Nahappanchef wanSheridanTan Sri Mohamed Apandi AliThomas Vernor Alexander BrodieTommy Thomastun mahathir
https://lomp.at/gtwcq
Share2Tweet2SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  2. 2

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  3. 3

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem