Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Zizan Beri Petunjuk Bakal Berkahwin Dengan Mira Filzah?

by Khai Azfar
June 7, 2018
Share on Facebook

Sejak kebelakangan ini, pelakon dan pelawak Zizan Razak sering kali dikaitkan bercinta dengan seorang pelakon wanita popular. Enggan memberi penjelasan lanjut mengenai hubungannya itu, Zizan hanya memberitahu sehingga kini masih belum mempunyai teman istimewa.

Bakal Kahwin Tahun Hadapan

Ketika ramai peminat bertanya bilakah selebriti kesayangan mereka ini akan berkahwin, Zizan akhirnya membuka mulut dengan memberitahu akan berkahwin pada tahun hadapan. Malah dia juga mahu memastikan segala persiapan dilakukan dengan teliti kerana ianya berkaitan jodohnya sehingga ke akhir hayat.

“Sebut soal kahwin, saya memang berniat untuk berkahwin dalam tempoh terdekat, bukan tahun ini mungkin tahun hadapan. Segalanya masih dalam perancangan. Saya tak mahulah nak kahwin sekadar nak kahwin, tetapi saya mahu hidup bahagia. Jadi, saya harus pilih yang terbaik”

Peminat Kenal Calon Isteri

Ketika ditanya siapakah calon isterinya itu, Zizan mengaku sudah mempunyai calon malah peminat turut mengenali calon isterinya itu. Berdasarkan bayangan yang diberi rata-rata peminat menjangkakan gerangan yang disebut adalah Mira Filzah.

“Sudah tentu dia perempuan. Buat masa ini lebih baik saya rahsiakan, kami masih dalam proses berkenalan. Saya tahu anda pun sudah tahu cuma saya takkan sebut. Dia perlu sesuai dengan hidup saya dan memahami satu sama lain, bukan sekadar tidur bangun bersama”

Adakah benar wanita tersebut Mira? Apa pun sama-sama kita doakan yang terbaik untuk Zizan dan semoga mendapat calon isteri yang baik untuknya.

Topik Berkaitan [VIDEO] Mira Filzah Jawab Persoalan Netizen Mengenai Anaknya “Badan Terlalu Kurus”

Sumber Astro Gempak

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
mira filzahZizan Razakzizan razak dan mira filzah
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Faisal Halim Jawab Mesej Tular- “Kita Boleh Berhubung Secara Baik”

  2. 2

    Ingatkan Kotor, Rupanya Bentuk Garfu Pula Jadi Perhatian! Pelanggan Terhibur Dengan Penemuan Pelik Di Restoran

  3. 3

    Anak Sulung Aziz Sattar Meninggal Dunia, Pernah Mengisi Layar Anakku Sazali

  4. 4

    Niat Nak Bercuti, Berakhir Di Dewan Bedah! Dakwaan Kecederaan Serius Di Taman Rekreasi Cetus Kerisauan

  5. 5

    Katil Besi Sampai Patah Dua! Penyewa Didakwa Hilangkan Diri Selepas Tinggalkan Kerosakan Cetus Rasa Kecewa

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara