Thursday, July 3, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home HotList

5 Perihal Mengenai Fattah Amin Sempena Aidilfitri 2018

by Khai Azfar
June 8, 2018
Share on Facebook

Ramai artis sempena Aidilfitri ini membuat pelbagai persiapan raya. Malah untuk mereka yang pertama kali beraya bersama orang baru pastinya Syawal kali ini cukup bermakna termasuk buat selebriti terkenal, Fattah Amin.

5 Fakta Raya Mengenai Fattah Amin

Fattah ketika ditemui murai.my sempat berkongsi beberapa fakta menarik mengenai Aidilfitri kali ini. Yang pasti ianya satu coretan manis untuk dikenang buat pelantun Wajah Terakhir ini.

Hasilkan Lagu Raya Pertama

YouTube video

Selepas single pertama, Fattah tampil dengan lagu raya berjudul Syawal Kali Ini. Lagu raya pertama Fattah ini adalah hasil ciptaan Aizat Amdan dan Mel Ramlan dan turut menampilkan ahli keluarganya di dalam muzik video.

“Pada mulanya susah juga saya nak yakinkan ahli keluarga saya untuk berlakon kerana mereka tidak biasa dengan produksi dan sebagainya tetapi ibu sudah biasa kerana banyak kali terlibat bersama saya untuk penggambaran dan sebagainya. Daripada saya ambil keluarga lain berlakon, baik saya ambil ahli keluarga saya sendiri berlakon”

Raya Pertama Sebagai Seorang Suami

Tahun ini boleh dikatakan Fattah bakal beraya sakan! Mana tidaknya, ini adalah kali pertama dia bakal beraya sebagai seorang suami dan akan pulang beraya di kampung isterinya, Fazura di Pahang. Malah tambah Fattah ketika ditanya dia akan beraya disebelah mana terlebih dahulu, jawabnya dia sama sekali tidak kisah malah tahun ini dia cukup gembira kerana berada di samping keluarga yang tersayang.

CEO Jenama Minyak Wangi

Rezeki Fattah tahun ini juga tidak tumpah-tumpah. Tahun ini juga dia telah dilantik menjadi CEO untuk sebuah jenama minyak wangi terkenal, AJ Parfum. Barangkali inilah yang dinamakan rezeki mendirikan ‘masjid’.

Baju Raya Jenama Sendiri

Ketika selebriti lain sibuk memilih baju raya untuk digayakan pada Aidilfitri kelak, Fattah mungkin hanya perlu duduk santai dan memilih warna kegemarannya. Ini kerana tahun ini adalah tahun kedua dia bakal menggayakan baju raya jenamanya sendiri hasil kolaborasi dengan butik dan hub fesyen terkenal tempatan.

[VIDEO] "Amira Othman Warning Saya, Kalau Cerita Nanti Tak Dapat Invitation"-Hael Husaini

Hadiah Untuk Peminat

Kita semua tahu, bahawa Fattah dan Fazura sememangnya mempunyai sokongan peminat yang cukup tegar. Malah gandingan mereka ini turut digelarkan sebagai FattZura. Untuk Aidilfitri yang menjelang tiba, Fattah dan Fazura khabarnya akan merancang sesuatu untuk peminat mereka. Sama-sama kita nantikan!

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
fattah aminfattah amin berayafattzura
https://lomp.at/gt29x
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  4. 4

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

  5. 5

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem