Thursday, August 7, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Gossip

Nabila Huda Mengamuk, Gelar Ibu Tiri Sebagai Pelacur?

by Khai Azfar
June 12, 2018
55
KONGSIAN
Share on Facebook

Baru-baru ini penyanyi lagenda, Amy Search,60 mengumumkan bahawa isterinya, Norhasniza Hassan kini sedang hamil sebulan. Amy dan Norhasniza berkahwin pada 2003 dan mempunyai tiga cahaya mata iaitu Alexander Zulkarnain, 14, Sania Samara, 13, dan Qaqa At-Tameemi, 9 tahun.

Amy turut mempunyai dua lagi anak iaitu Nabila Huda, 34, hasil perkahwinan pertama bersama Faridah Fadzil dan Irisha Myra, 21 menerusi perkahwinan ketiganya dengan Roslisa Ahmad. Menerusi perkahwinan kedua dengan Noorliza Abdul Latiff mereka tidak dikurniakan cahaya mata.

Nabila Huda Mengamuk Di Instagram

Ketika semua umat Islam sedang sibuk membuat persiapan raya, timbul pula kontroversi melibatkan anak Amy Search yang juga pelakon, Nabila Huda apabila sejak semalam sehingga terbaru sebentar tadi, dia kelihatan seolah-olah mengamuk. Beberapa pendedahan telah dibuat Nabila di Instagram nya mengenai seseorang dipercayai salah seorang ibu tirinya.

Mengaku Pernah Didera, Punca Hubungan Dengan Bapa Bermasalah

Menerusi Insta story nya, Nabila mendedahkan bahawa individu tersebut adalah punca mengapa hubungan dia dan bapanya bermasalah. Selama ini pelakon berkenaan hanya mendiamkan diri kerana mengenangkan bapanya namun kini Nabila dikatakan sudah tidak boleh bersabar dan mengambil keputusan untuk menceritakan hal yang sebenar.

Tambah Nabila, dia pernah didera serta dihalau daripada rumah suatu ketika dahulu hanya kerana beberapa perkara yang baginya tidak masuk di akal.

Sehingga kini, tiada sebarang kenyataaan rasmi daripada kedua-dua belah pihak malah kenyataannya yang merujuk kepada ‘ibu’ juga tidak dapat dipastikan kerana Amy sendiri sudah berkahwin selama empat kali di mana ketiga-tiga perkahwinannya terdahulu berakhir dengan perceraian.

"Cari Benda & Tangan Ajaib, Dia Tak Keseorangan..."-Shila Amzah
amy searchibu tiri nabila hudanabila huda
https://lomp.at/wcgfp
Share22Tweet14SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Wajah Ibunda Tengku Amir Shah Dalam Majalah Lama Buat Netizen Terpukau

  2. 2

    [VIDEO] Erra Fazira Pasrah Tapi Awie Balas- ‘Bohong…’

  3. 3

    Ini Cara Guna RM100 SARA Sebelum 31 Disember. Jangan Terlepas!

  4. 4

    Rakan Artis Bersuara Insiden Bella Astillah & Sophia Albarakbah Di AMT?

  5. 5

    Uqasha Tepis Dakwaan Gelaran ‘Datuk’ Adik Ipar Dibeli, Dedah Status Kerabat & Sumbangan Hartanah

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem