Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Viral

Ini Cara Guna RM100 SARA Sebelum 31 Disember. Jangan Terlepas!

Tambah lebuh menarik, cara nak guna pun mudah, lebih kurang macam guna Kad kredit jer! Cuma yang ini pakai Kad Pengenalan anda

by Phic ARMAN
July 29, 2025
Share on Facebook

Rakyat Malaysia yang budiman, MURAI kembali lagi dengan panduan berguna, kali ini khas buat anda yang mungkin tertanya-tanya tentang bantuan tunai RM100 di bawah inisiatif Sumbangan Asas Rahmah (SARA). Bantuan ini diumumkan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada 23 Julai 2025 dan akan diberikan terus ke MyKad anda. Tak perlu isi borang, tak perlu daftar!

Tambah lebuh menarik, cara nak guna pun mudah, lebih kurang macam guna Kad kredit jer! Cuma yang ini pakai Kad Pengenalan anda.

MURAI faham, bila sebut bantuan kerajaan, mesti ramai yang keliru, siapa dapat, macam mana nak guna, boleh beli apa? Jangan risau, MURAI kupas satu per satu, gaya santai tapi padat.

1. Siapa Layak Terima RM100 SARA?

Kalau anda:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun ke atas (lahir tahun 2007 atau lebih awal)

Maka anda layak secara automatik. Tak payah daftar atau isi apa-apa borang. Bantuan ini akan dikreditkan terus ke dalam MyKad anda bermula 31 Ogos 2025.

Peringatan penting, kalau MyKad anda rosak atau cip tak boleh dibaca, segeralah ke JPN untuk tukar sebelum 31 Ogos. Jangan tunggu sampai kaunter cashier baru perasan kad tak boleh baca.

2. Di Mana Anda Boleh Guna RM100 Ini?

RM100 ini bukan untuk beli segala-galanya. Ia hanya boleh digunakan untuk beli barang keperluan asas yang tersenarai di bawah program SARA dan MyKasih. Boleh digunakan di pasar raya seperti Mydin, Giant dan lain-lain yang mengambil bahagian.

Topik Berkaitan Badrul Hisham Dari JPN Jelaskan Kenapa Kongsi MyKad Untuk Isi Minyak Boleh Bawa Padah

Gunakan MyKad seperti kad debit, tunjuk saja semasa bayar. Tapi untuk kali pertama guna, anda kena tukar PIN daripada 6 digit pertama MyKad kepada PIN yang lebih selamat.

Barang yang diluluskan termasuk:

  • Beras, telur, roti, tepung, minyak masak
  • Mi segera, makanan dalam tin
  • Minuman segera
  • Perencah, biskut
  • Produk kebersihan dan cucian
  • Ubat-ubatan
  • Kelengkapan sekolah

Kalau anda cuba beli benda lain macam jajan atau makanan kucing, sistem memang takkan benarkan. Harap maklum.

3. Bagaimana Nak Semak Baki & Kedai Terdekat?

Kalau anda keliru di mana nak semak baki, MURAI cadangkan anda muat turun aplikasi MyKasih. Dalam aplikasi tu anda boleh:

  • Semak baki e-kredit RM100
  • Lihat senarai penuh kedai yang ambil bahagian
  • Kalau anda tak guna aplikasi, boleh saja lawati laman web rasmi mereka di mykasih.com.my.

Tempoh guna pula bermula 31 Ogos 2025 hingga 31 Disember 2025. Jadi jangan tunggu hujung tahun baru nak belanja, bimbang nanti tak sempat.

Peringatan Penting Dari MURAI

MURAI juga ingin beri nasihat mesra, jangan mudah percaya dengan mesej palsu atau pautan yang minta anda daftar untuk SARA RM100. Bantuan ini automatik. Tak ada sesiapa yang akan hantar mesej minta nombor akaun atau nombor MyKad. Jika ragu-ragu, rujuk sumber rasmi.

RM100 ini mungkin nampak kecil, tapi besar maknanya kalau digunakan dengan bijak. Jangan sia-siakan peluang ini. Belanja untuk keperluan asas, bukan kehendak. Dan seperti biasa, MURAI sentiasa prihatin dan akan terus bantu anda faham inisiatif kerajaan dengan lebih mudah.

Topik Berkaitan [VIDEO] Mengaku Ada MyKad, Sikap 2 Minah Saleh 'Cop' Parkir Cetus Kemarahan

Teruskan hidup berjimat, dan manfaatkan setiap bantuan yang diberi.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Dato’ Seri Anwar IbrahimMyKadSARASumbangan Asas Rahmah (SARA)
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Berita

“Kalaulah Saya Tahu Itu Pertemuan Terakhir Kita”- Syed Saddiq Kenang Tun Siti Hasmah

by Phic ARMAN
September 28, 2026

Ada pertemuan yang kita sangka biasa-biasa sahaja, tetapi rupanya menjadi kenangan terakhir yang akan dibawa sepanjang hayat. Begitulah yang dirasakan...

Read moreDetails
Berita

Bukan Rokok Sahaja, Ini Antara Barangan Yang Cuba Diseludup Masuk Malaysia Bernilai RM2.05 Bilion

by Phic ARMAN
September 30, 2026

Penyeludupan bukan sekadar cerita tentang rokok atau minuman keras yang cuba dibawa masuk secara senyap-senyap. Di sebalik kegiatan ini, ada...

Read moreDetails
Berita

Gardenia Semarakkan Merdeka 2026, 5,000 Cenderahati Buat Pengunjung

by Phic ARMAN
September 1, 2026

Bila sebut sambutan Hari Kebangsaan, bukan hanya perarakan dan kibaran Jalur Gemilang yang mencuri perhatian. Tahun ini, Gardenia Bakeries (KL)...

Read moreDetails
Berita

REVIEW HONOR X9e Pro: Bukan Sekadar Tahan Lasak, AI Pun Makin Bijak

by Phic ARMAN
September 25, 2026

Telefon dengan AI sekarang bukan benda pelik. Hampir setiap kali ada pelancaran telefon baharu, perkataan AI mesti muncul entah berapa...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Petua Orang Dulu, 3 Bahan Ini Boleh Lebatkan Kembali Rambut Yang Gugur

  2. 2

    [REVIEW] Kudrat 1968: High Council, Ada Beberapa Perkara Yang Kurang Kena

  3. 3

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  4. 4

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  5. 5

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara