[REVIEW] Adrift Filem Kisah Benar Wajib Ditonton Tahun Ini!

Mesti Baca

Curi Perhatian! 5 Selebriti Hollywood Memakai Gaun Pengantin Sewaktu Di Karpet Merah

Apabila mencari penampilan yang sempurna sewaktu di karpet merah, selebriti kebiasaannya akan memilih custom atau designer gowns. Kadangkala, sesetengah...

6 Pasangan Selebriti Korea Ini Bebas Daripada Sebarang Gosip

Beberapa pasangan suami isteri selebriti Korea ini sentiasa jauh daripada sebarang gosip. Perkahwinan mereka jarang mendapat berita yang negatif....

Artis & Instafamous Selar Kes Youtuber Bergaduh Di Gelanggang Futsal

Insiden pergaduhan di sebuah gelanggang futsal minggu lalu yang melibatkan Youtuber terkenal mendapat perhatian ramai termasuk di kalangan selebriti...

Shailene Woodley antara pelakon wanita terbaik Hollywood yang sememangnya layak memenangi pelbagai anugerah. Lakonannya cukup menjadi dan boleh dikatakan hampir setiap filem pasti meninggalkan impaknya. Masih kami ingat dengan filemnya terdahulu seperti Divergent dan Fall in Our Stars yang menaikkan namanya.

Kisah Benar Yang Menyayat Hati

Kali ini, Shailene tampil menerusi filem Adrift yang diambil berdasarkan kisah benar. Meskipun hanya menampilkan beberapa orang pelakon namun penjiwaan setiap watak dalam filem ini merupakan kekuatan utamanya. Malah filem yang penuh dengan pengajaran ini begitu mendebarkan dan pada pengakhirannya juga merupakan sesuatu yang diluar jangkaan penonton. Nasihat kami, sila bawa tisu bersama kerana anda pasti menitiskan air mata selepas menonton Adrift.

Sinopsis Adrift

Mengisahkan mengenai perjalanan sepasang kekasih, Tami Oldham dan Richard Sharp (Sam Claflin) yang belayar menaiki kapal layar mereka ke sebuah destinasi. Namun begitu ketika di laut, ribut sedang melanda dan kapal mereka turut terkesan sehingga menyebabkan kedua-dua mereka cedera parah.

Sejak itu, mereka tersadai dalam kapal mereka selama lebih dari sebulan dan Tami pula sedang berusaha menyelamatkan diri mereka untuk mencari kawasan penempatan berhampiran memandangkan Richard tidak berupaya untuk melakukan sebarang aktiviti fizikal kesan daripada pukulan ribut tersebut

Terkini

Dah Elok Sado, Pergi Buat Implan Payudara Pula! Influencer Ini Tak Malu Malah Bangga

Lelaki bertatu ini menunjukkan implan payudara setelah dicabar untuk mendapatkan 3 juta pengikut di akaun Instagramnya. Dipetik dari Dailystar, Influencer...

Artikel Berkaitan