Sunday, July 6, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Gossip

Berhenti Menyanyi? Ini Nasihat 3 Artis Buat Haqiem Rusli

by Khai Azfar
June 21, 2018
Share on Facebook

Khabar berita mengenai penyanyi Haqiem Rusli kononnya ingin berhenti menyanyi baru-baru ini benar-benar mencuri perhatian umum. Bukan setakat peminat, malah rakan-rakan artis juga terkejut dengan kenyataan penyanyi itu.

Haqiem Jauh Lebih Bertuah- Sufian Suhaimi

Menyedari akan khabar berita itu, sahabatnya Sufian Suhaimi mendakwa Haqiem jauh lebih bertuah berbanding remaja lain. Bagi Sufian menerusi Harian Metro, dia juga pernah menghadapi situasi yang sama dan berharap agar Haqiem lebih arif tangani masalah sebegini.

“Saya tidak tahu nak cakap kemurungan diperkatakan Haqiem di laman Instagram miliknya sesuai dengan situasi dilalui sekarang. Bagi saya, dia jenis teliti hinggakan masalah kecil dihadapi dia akan terlalu berfikir mengenainya. Kalau betul dia mengalami masalah ini, bagi saya ia masih terkawal. Lagi pun, dia tidak duduk seorang diri sebaliknya tinggal bersama keluarga.

Dalam masa sama, dia masih mendapat sokongan moral tinggi daripada orang sekeliling dan peminat. Jika ingin dibandingkan dengan remaja lain, kehidupan Haqiem jauh lebih bertuah. Sebagai rakan, saya menghormati setiap apa dilakukan. Cuma, saya berasakan dia tidak akan berhenti menyanyi”

Adibah Noor Mahu Berjumpa Dengan Haqiem

Dalam perkembangan lain, Adibah Noor juga berasa kasihan melihatkan Haqiem apatah lagi dia dituduh sebagai salah satu punca mengapa Haqiem dikatakan mahu membuat keputusan berkenaan.

Segalanya bermula apabila Adibah memberi nasihat buat Haqiem mengenai sebutannya dalam salah sebuah lagu terbarunya. Namun begitu, Adibah bersikap optimis dan mengajak Haqiem untuk berjumpa dan berbual sebagai seorang penyanyi yang lebih senior dan juga menganggap Haqiem sebagai adiknya.

Caprice Harap Haqiem Tidak Mengalah

Khabar berita itu juga telah menarik perhatian Caprice dimana dia turut memuat satu video khas untuk Haqiem.

View this post on Instagram

A post shared by Ariz Ramli (@capricedaddycap)

Menerusi video nya itu, Caprice mengharapkan agar pelantun Tergantung Sepi itu tidak mengalah dan turut mendoakan yang terbaik untuknya. Apa pun semoga Haqiem terus positif kerana bakatnya itu satu anugerah yang tidak ramai memilikinya.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Caprice Persoal Babak 'Panas' Vanidah Sentuh Janggut Guna Kaki Dalam Drama Bidaah, Cetus Pelbagai Reaksi Netizen!
adibah noorcapricehaqiem ruslihaqiem rusli berhenti menyanyisufian suhaimi
https://lomp.at/g5nxf
Share2Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  4. 4

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  5. 5

    [VIDEO] Gara-Gara Anak Solat Di Ruang Tamu, Rumah Maia Estianty Dikritik Ramai

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem