Wednesday, June 7, 2023
  • HANGAT
  • DIVA
  • STADIUM
No Result
View All Result
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Gossip

Ismail Izzani Punca Haqiem Rusli Mahu Berhenti Menyanyi?

by Khai Azfar
June 21, 2018
39
KONGSIAN
Share on Facebook

Minggu ini hangat memperkatakan mengenai khabar berita Haqiem Rusli setelah memuat naik satu kenyataan mengenai status kariernya baru-baru ini sehingga mahu berhenti menyanyi. Menyedari akan pengumuman tersebut, peminat-peminatnya jauh terkesan sehingga menuduh beberapa orang artis sebagai punca.

“Kawan Baik Tikam Belakang, Bermuka-muka” – Ibu Haqiem

Menerusi perkongsian URTV, ibu kepada Haqiem, Nazrah Nordin mendedahkan bahawa dia berasa terkilan kerana anaknya dikecewakan oleh kawan-kawan baik sendiri. Malah menurut Nazrah juga Haqiem seperti sudah putus harapan dengan apa yang telah berlaku.

“Apa yang boleh saya kongsikan, Haqiem kecewa kawan baik ‘tikam belakang’ dan ‘bermuka-muka’ terhadapnya. Hadapan cakap lain, belakang cakap lain pula. Paling sedih, ada yang memperlekeh bakat Haqiem sebagai komposer muda. Tak kurang juga nak laga-lagakan Haqiem dengan orang lain tanpa ada perbincangan secara baik. Sebagai ibu, saya agak terkilan kerana kawan-kawan baiknya itu sudah saya anggap seperti ahli keluarga sendiri. Mereka selalu lepak di rumah bersama Haqiem, sudah seperti adik-beradik.

“Siapa mereka tu, rasanya biarlah menjadi rahsia antara kami. Saya pun tak mahu aibkan siapa-siapa sebab semuanya boleh diselesaikan cara baik. Lagi pun, hal ini terjadi antara Haqiem dan kawan-kawannya, rasanya lebih baik mereka yang uruskan serta selesaikan sendiri apa yang berlaku. Sebagai ibu, saya nasihatkannya agar banyak bersabar dan lebih baik berdiam diri daripada berkata-kata yang mungkin mengguris hati orang lain. Diam itu lebih baik.”

Ismail Izzani Sebagai Punca?

Dalam perkembangan lain, penyanyi Ismail Izzani juga terpalit dengan isu ini apabila dia dikecam hebat di Twitter dengan menuduh dia sebagai punca mengapa Haqiem berada dalam tekanan. Spekulasi bermula apabila Ismail memuat naik beberapa status di Twitter seperti ditujukan buat Haqiem.

Namun begitu, Ismail menjelaskan hubungan dia dan Haqiem kini berada dalam baik dan mengharapkan rakannya itu menyuruh peminat-peminatnya bertenang dan tidak membuat tuduhan yang melulu.

 

Apa pun, kami begitu berharap agar kontroversi ini berakhir dengan baik. Samada ianya sekadar gimik ataupun tidak, nantikan pengumuman dari Haqiem.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini. 

FILED UNDER haqiem ruslihaqiem rusli dan ismail izzaniIsmail Izzani
Share16Tweet10SendShareShare

ARTIKEL BERKAITAN

Lokal

Suami Tanggung Dosa Apabila Isteri Enggan Tutup Aurat? Haqiem Rusli Jawab Hidayah Itu Milik Allah

by Puteri Alia
June 2, 2023
Gossip

Haqiem Rusli Sedang Berusaha Pujuk Isteri Untuk Kembali Bertudung?-“Saya Bukan Suami Dayus”

by Jash Lee
June 1, 2023
Lokal

Netizen Kecam Ismail Izzani-“Tak Lalu Nak Tengok Hero, Pelakon Lain Dah Pupus Ke Sampai Ambil Dia Ni?”

by Jash Lee
May 31, 2023
Gossip

Netizen Syorkan Anis Sofea Ambil Stylist Yang Mahir Supaya Kelihatan Lebih Anggun?

by Jash Lee
May 26, 2023

IKLAN

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Masih Teruna Di Usia 57 Tahun, Kehidupan Seksual Salman Khas Didedahkan Oleh Saudaranya

  2. 2

    Anzalna & Afifah Bersuara Isu Bapa Ditamatkan Kontrak Sebagai CEO FINAS

  3. 3

    Tidak Kisah Pendapatan Lebih Tinggi Daripada Bakal Suami, Shila Amzah Terima Ubai Walaupun Gaji Bulanan Rendah!

  4. 4

    Penampilan Yasmin Hani Undang Pelbagai Reaksi Netizen?-“Untung Cameraman…”

  5. 5

    Karan Johar Mahu Aishwarya Rai Ganti Kajol Untuk Filem ‘Kabhi Khushi Khabhie Gham’ Tapi…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan