Kerana Permainan LEGO, Betty Benafe Nyaris Buta

Mesti Baca

Curi Perhatian! 5 Selebriti Hollywood Memakai Gaun Pengantin Sewaktu Di Karpet Merah

Apabila mencari penampilan yang sempurna sewaktu di karpet merah, selebriti kebiasaannya akan memilih custom atau designer gowns. Kadangkala, sesetengah...

6 Pasangan Selebriti Korea Ini Bebas Daripada Sebarang Gosip

Beberapa pasangan suami isteri selebriti Korea ini sentiasa jauh daripada sebarang gosip. Perkahwinan mereka jarang mendapat berita yang negatif....

Produksi Bincang Mahu Gantikan Atau Kekalkan Ji Soo Dalam “River Where The Moon Rises”

Drama KBS, River Where The Moon Rises telah membatalkan penggambarannya hari ini , 4 Mac, dan sedang membincangkan sama...

Gara-gara melayan kerenah anak-anak, pelakon Betty Benafe nyaris buta dan terpaksa ke sebuah hospital untuk dapatkan rawatan. Sebaik sahaja mendapatkan rawatan di hospital, doktor memaklumkan bahawa dia mengalami luka di mata hitam dan bernasib baik kerana tidak serius.

Tertusuk LEGO

Berita ini telah dikongsikan sendiri oleh Betty menerusi akaun Instagramnya semalam. Betty berkata, kecederaan ini terjadi kerana matanya tertusuk alat permainan iaitu lego ketika anaknya sedang bermain.

“Anakku tertusuk mataku dengan mainan Lego nya. Pengorbanan seorang ibu pada anaknya yang aktif masyaallah hingga melukakan Mata hitam nya..semoga Kita para ibu diberi kesabaran yang tertinggi..amin ya” 

Betty bersyukur kerana sebelah matanya masih boleh lihat. Dia tidak dapat bayangkan perasaan mereka yang buta kekal. Betty berkata, pengorbanan mereka patut dihormati kerana kuatnya semangat mereka untuk hidup. murai.my mendoakan agar Betty cepat sembuh seperti biasa, in shaa Allah. AMIN!

Sumber IG Betty Benafe

Terkini

Kini CEO! ‘Ratu’ Saapuu Dedah Pernah Bergelar Mak Andam

Siapa sangka, usahawan semakin dikenali yang juga ketua pengarah eksekutif bagi jenama produk kesihatan kulit Saapuu, Rosniwati Beharom, 45...

Artikel Berkaitan