Wednesday, July 9, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Musik

Amylea Tidak Berasa Ralat Dengan Lagu Ciptaan Beliau Tidak Diketahui?

by Ayden Mikhael
June 24, 2018
117
KONGSIAN
Share on Facebook

Drama bersiri Nur sememangnya telah mengangkat lagu tema untuk drama tersebut yang berjudul Tak Pernah Hilang nyanyian Amylea Azizan dan Kaer Azami.

Tetapi masih ada lagi pendengar lagu tersebut yang masih tidak mengetahui siapakah gerangan penyanyi lagu hit tersebut. Bagaimanapun, selaku penyanyi asal, Amylea tidak berasa ralat kerana lagu ciptaan Farouk Abd Razak dan lirik tulisannya itu telah berjaya diterima baik oleh penggemar muzik.

https://www.instagram.com/p/Bj_fyb_F-Ow/?hl=en&taken-by=kaerazami

“Sebenarnya, lagu berkenaan sudah mula dilancarkan kira-kira sebulan sebelum drama Nur menemui penonton dan sambutan yang diberikan sangat menggalakkan. Namun, popularitinya semakin meningkat selepas dua minggu drama penuh pengajaran itu ditayangkan.

“Saya dan Kaer tidak kisah walaupun ramai yang tak tahu, kamilah penyanyi lagu Tak Pernah Hilang. Saya percaya, lambat laun pasti mereka maklum juga. Apa yang penting, lagu itu diterima baik oleh penggemar muzik tempatan.

“Kami sendiri ingin memberikan pendedahan dan mendidik orang ramai terhadap lagu tema, seperti Tak Pernah Hilang dan Ganti Diriku yang dicipta khas buat drama Nur. Mungkin ia antara kekuatan yang membuatkan penonton lebih dekat dengan drama itu,” Dipetik Dari BH Online.

Malah setiap adegan yang dipaparkan dalam drama tersebut mempunyai kaitan rapat dengan lagu yang ditulisnya itu. Dalam pada masa yang sama, karya berharga berkenaan telah dihasilkan berdasarkan skrip yang telah diberikan kepada mereka sebelum pembikinan dijalankan.

Sehingga kini, hampir 1.8 juta tontonan telah bejaya diraih lagu yang dikongsikan oleh Seventeen Eleven Music itu sejak ia dimuatnaik dekat laman Youtube pada 17 April yang lalu.

Nur mengisahkan tentang kehidupan seorang wanita lorong yang jatuh cinta dengan seorang ustaz selebriti yang dikenali ramai. Pelakon hebat yang menjayakan drama di bawah arahan Shahrulezad Mohameddin itu antaranya ialah Syafiq Kyle, Amyra Rosli, Noorkhiriah, Azhan Rani, Riena Diana, Raja Atiq, Fatimah Abu Bakar, Laila Nasir dan Datuk Jalaluddin Hassan.

murai.my berharap agar Amylea dapat menghasilkan banyak lagi lagu-lagu yang hit seperti lagu Tak Pernah Hilang. Tahniah Amylea dan Kaer atas pencapaian berkolaborasi bersama.

Sumber : BH Online

amyleaAmylea AzizanKaerkaer azami
https://lomp.at/guhpk
Share47Tweet29SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  4. 4

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

  5. 5

    [VIDEO] Norman Hakim & Abby Abadi Rai Hari Lahir Marissa Dania, Curi Perhatian Netizen!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem