Saturday, June 3, 2023
  • HANGAT
  • DIVA
  • STADIUM
No Result
View All Result
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Selebriti

Dituduh Ugut Dr Vida Sehingga Dipecat, Iqbal Jelaskan Hal Sebenar

by Phic ARMAN
July 1, 2018
160
KONGSIAN
Share on Facebook

Jutawan kosmetik popular, Dato Seri Vida khabarnya telah memecat pengurusnya Iqbal yang sebelum ini ditugaskan jawatan sebagai setiausaha sulit / PA, Pegawai Media dan Pegawai Pemasaran.

Berita tersebut dilaporkan menerusi kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Iqbal atau nama sebenarnya Ahmad Iqbal Zulkefli kepada media sebentar tadi.

Menerusi surat pemecatan jawatan yang diberikan, Iqbal dipecat kerana gagal memenuhi skop kerja yang telah diberikan oleh syarikat. Malah lebih mengejutkan, surat  itu turut menyatakan Iqbal telah menyalahgunakan jawatan yang diberikan dengan menghasut kakitangan lain yang tidak berpuas hati dan memberi ugutan kepada DSV.

Adakah dakwaan ini semua benar? ikuti penjelasan Iqbal eksklusif di murai.my

Nafi Dipindahkan Sebelum ini

Menurut Iqbal dia menafikan bahawa dakwaan Datuk Seri Vida memutuskan untuk memindahkan Iqbal ke jabatan lain. Keputusan itu diambil sebagai penyelesaian selepas kontroversi mereka berdua yang dikatakan ada hubungan cinta

“Sebelum ini DSV ada menyatakan bahawa Iqbal tidak lagi bekerja sebagai Setiausaha Sulit / P.A. Sejujurnya, saya bukan ditukar tetapi ditambah jawatan. Sejak hari tersebut, tugasan saya semakin banyak. DSV pernah mengakui di Utusan, bahawa saya staff yang shinning malah DSV sendiri pernah mengatakan bahawa, 10 tahun dia mencari staff seperti saya namun kali ini baru dia bertemu.” katanya

Alasan Tidak Munasabah

Menurut Iqbal, dia dipecat secara mengejut malah alasan dan sabab yang dinyatakan seolah-olah tidak munasabah dan diarahkan untuk keluar serta merta.

“Saya patut umumkan hal yang benar, saya dipecat serta merta tanpa ada khabar pun bahawa saya akan dipecat. Saya lebih senang untuk jujur. Namun, alasan dan sebab yang dinyatakan tidak munasabah bagi saya. Petang itu ada dua orang staff datang diarahkan supaya saya pulangkan segala barang kerja termasuk pakaian dan diminta keluar segera dari situ. Selama tiga tahun saya mengenali, tidak pernah ada barangan atau duit hilang.” katanya

Tidak dibenarkan Untuk Bela Diri

Dalam kenyataan lain, Iqbal turut meluahkan rasa kesalnya terhadap pihak pengurusannya untuk mempertahankan dirinya .

“Setiap ada kekeliruan, saya selalu minta untuk adakan meeting bersama semua staff. Untuk yang terakhir juga, saya minta untuk pertahankan kebenaran sebelum saya keluar, namun tidak sedikit pun suara saya didengar.” ujarnya lagi.

Harapan Iqbal

https://www.instagram.com/p/BkkGZxmnCWV/

Walaibagaimanapun, selepas Iqbal dipecat, dia tetap akan menyimpan rahsia yang diamanahkan dan dia berharap supaya netizen tidak melatah terhadap banyak spekulasi yang ditimbulkan terhadp dirinya.

“Saya tidak akan bekerja atau berurusan dengan DSV lagi. Walaubagaimanapun, saya tetap menyimpan rahsia sebagai rahsia. Cuma, saya patut jujurkan saja nyatakan bahawa saya dipecat serta merta. Saya tahu akan banyak andaian orang terhadap saya. Saya berharap agar netizen tidak cepat melatah. Namun, saya memilih untuk jujur. Begitu jualah sepanjang saya bekerja di bawah Vida Beauty, setiap apa yang saya lakukan, saya pastikan saya berkata yang jujur, semuanya demi kebaikan beliau.” katanya mengakhiri perbualan

Kontroversi Cinta

Sebelum ini, murai.my ada mengeluarkan artikel tentang kontroversi cinta antara Iqbal dan DSV. Hal ini menjadi lebih hangat  apabila Iqbal sendiri mengeluarkan satu kenyataan bahawa dia tidak menolak andai dijodohkan dengan DSV.

Sementara itu, Iqbal berkata, dia akui tidak memberi penjelasan secara tepat mengenai perkara itu sehingga wujud pelbagai cerita.

Apa pun, kami doakan apa yang terjadi dapat diselesaikan dengan baik.

 

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini. 

FILED UNDER Ahmad Iqbal Zulkeflidato seri vidaIqbal Zulkifli
Share64Tweet40SendShareShare

ARTIKEL BERKAITAN

Viral

Menyebut Kalimat Bismilillah Ketika Melawat Tokong, Cik B Nafi Wanita Yang Didakwa Murtad Ini Adalah Dato Seri Vida!

by Puteri Alia
May 30, 2023
Gossip

Iqbal Zulkefli Dituduh Mengubah Ciptaan Allah Selepas Ambil Rawatan Suntikan Pada Wajah?

by Naddy Joe
May 26, 2023
Lokal

“Roda Sentiasa Berputar, Hormati Sesama Kita” – Iqbal Buka Mulut Kenang Saat Dikritik Oleh Hattan

by Aphit J.
April 30, 2023
Lokal

“Content Bodohkan Diri Sendiri” – Lakonan Ibu Susuan Iqbal Menghina Agama Dan Kaum Hawa?

by Aphit J.
April 9, 2023

IKLAN

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Orang Ingat Dapat Baby Best?”-Perit Berjuang Tengah Malam Jaga Anak, Neelofa Akui Sering Kejut Suami Sambil Menangis

  2. 2

    Tampil Tidak Lagi Bertudung, Pesanan Terbuka Lufya Buat Nadia Annuar Raih Perhatian Dari Netizen

  3. 3

    Penampilan Aina Abdul Di Big Stage ‘Disindir’ Diva AA?-“Model Paling Hodoh….”

  4. 4

    Penampilan Yasmin Hani Undang Pelbagai Reaksi Netizen?-“Untung Cameraman…”

  5. 5

    Tidak Kisah Pendapatan Lebih Tinggi Daripada Bakal Suami, Shila Amzah Terima Ubai Walaupun Gaji Bulanan Rendah!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan