Friday, July 11, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Inspirasi

Dugaan Perit Untuk Puteri Balqis Yang Menghidap Kanser

by Ayden Mikhael
July 8, 2018
151
KONGSIAN
Share on Facebook

Besar sungguh dugaan yang dihadapi pelakon cilik yang berbakat besar, Puteri Balqis Azizi atau lebih dikenali dengan nama panggilan Aqish apabila disahkan mempunyai penyakit kanser yang boleh dikatakan kesihatan Aqish sering tidak menentu. Aqish selalu mengalami demam berterusan, muntah berdarah, pengsan hampir setiap hari sehingga Aqish perlu keluar masuk hospital bagi menjalani ujian selain mendapatkan rawatan.

https://www.instagram.com/p/Bk0BDA8gWXV/?taken-by=rockingbalqis

Aqish ada memuat naik gambar memakai topeng mulut di Instagram baru-baru ini. Reaksi Aqish dalam gambar tersebut sungguh ceria walaupun begitu peritnya menanggung kesakitan yang dihadapi.

Namun perkara yang menimbulkan tanda tanya buat peminat-peminat Aqish apabila status yang dipercayai dikongsi oleh ibunya sendiri, menunjukkan bintang cilik ini sedang menjalani rawatan dan kesihatannya semakin pulih bersama hashtag #FightCancer.

Ia seolah-olah memberi bayangan mengenai penyakit sebenar Aqish walaupun sebelum ini dia dikatakan menghadapi masalah jantung. Memetik laporan Berita Harian, ibu kepada Aqish, Norashikin Mohd Aziz mengesahkan Aqish disahkan menghidap kanser, namun enggan mengulas lanjut dengan terperinci jenis kanser yang dihadapi oleh anaknya.

Ibunya juga memohon maaf kerana enggan ditemubual pada waktu sekarang. Walaubagaimanapun ibunya berkata, semangat Aqish semakin kuat walaupun sedang berhadapan masalah kesihatan.

https://www.instagram.com/p/BinV11KggJr/?taken-by=rockingbalqis

“Saya minta maaf, buat masa ini saya tak mahu membuat sebarang temu bual. Demamnya masih tak berhenti. Jantung dan paru-parunya mempunyai masalah.

“Apa pun dia semakin kuat,” ulasnya ringkas kepada BH Online.

Di dalam posting yang berbeza sebelum ini, tanpa menyatakan penyakit yang dihadapi oleh Aqish, Norashikim menyarankan mereka yang mempunyai anak pesakit jantung atau kanser untuk mengamalkan pengambilan teh basil serta daun pasli.

murai.my mendoakan yang terbaik buat pelakon berbakat besar. Semoga selamat menjalani segala rawatan serta diberikan kesembuhan kesihatan seperti sedia kala hendakNya.

Sumber : BH Online & Instagram Aqish

AqishPuteri Balqis Azizi
https://lomp.at/xbln7
Share60Tweet38SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

  2. 2

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  3. 3

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  4. 4

    [VIDEO] Berlaku Kasar Terhadap Staf Konsert, Sikap BLACKPINK Jennie Dicemuh Ramai

  5. 5

    [VIDEO] Norman Hakim & Abby Abadi Rai Hari Lahir Marissa Dania, Curi Perhatian Netizen!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem