Meskipun telah selamat diijab kabul pada Februari yang lalu, namun tahukah anda majlis resepsi dua anak jutawan terkenal, SM Faliq dan Chryseis Tan telah pun berlangsung semalam bertempat di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC).

IKLAN

Bukanlah resepsi yang menampilkan tema yang paling cantik seperti mereka yang terkenal, namun majlis mereka kali ini lebih kepada menyambut kenalan-kenalan mereka seluruh dunia. Seperti yang kita ketahui NAZA Group dan Berjaya Group sememangnya dikenali di seluruh dunia.

Baju Chyrs Dapat Sentuhan Fiziwoo

Terdapat beberapa persalinan yang dipakai oleh pasangan ini bagi mengikut ‘sidang’ majls yang diadakan. Kedua-duanya kelihatan begitu cantik dan kacak! Malah salah satu baju yang dipakai oleh Chyrs menurutnya turut mendapat sentuhan rekaan Fiziwoo yang memperlihatkan sebuah busana songket silk tulle appliqué.

Perkahwinan Bertaraf Dunia!

Suka untuk kami gambarkan perkahwinan Falliq dan Chyrs seperti bertaraf dunia! Manakan tidak, jika pakaian mereka ditata rias oleh pereka terkenal, tetamu pula terdiri daripada kenamaan dan mereka daripada syarikat-syarikat besar seluruh dunia!

Tidak cukup dengan itu, perkahwinan mereka turut diserikan dengan persembahan daripada artis-artis antarabangsa seperti Shane Filan dari kumpulan Westlife dan Kumpulan BLUE.

Malah penyanyi tempatan, Dayang Nurfaizah turut berada di majlis berkenaan mempersembahkan lagunya dalam Wedding of The Year ini.

IKLAN

Gambar Instagram FiziwooChryseis Tan