Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz HotList

Belasungkawa, 5 Selebriti Ini Meninggal Dunia Melawan Kanser

by Khai Azfar
July 13, 2018
10
KONGSIAN
Share on Facebook

Terlebih dahulu, ingin kami jelaskan bukanlah niat kami untuk menjatuhkan nama mana-mana selebriti ini. Namun ianya sekadar perkongsian buat anda kerana penyakit ini merupakan pembunuh utama dalam masyarakat kini. Malah tanpa kesedaran dan pemeriksaan yang betul, siapa tahu mungkin ada dikalangan anggota keluarga yang menghidapinya.

5 Selebriti Tempatan Meninggal Dunia Kerana Hidapi Kanser


murai.my rangkumkan kembali antara 5 selebriti tempatan yang dilaporkan meninggal dunia kerana menderita penyakit kanser yang dihidapi mereka. Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat mereka yang sudah pergi menghadap Ilahi dan roh mereka ditempatkan di kalangan orang yang beriman.

Allahyarhamah Azean Irdawaty

Primadona filem Melayu, Azean Irdawaty meninggal dunia pada tahun 2013. Allahyarhamah sudah lama menderita penyakit kanser dan hampir lapan tahun melawan penyakit tumor dan lymphedema yang dihidapinya.

Allahyarhamah Yanie Mentor

Yanie atau nama sebenarnya Siti Suriane Julkarim telah meninggal dunia pada 21 Mac 2010 akibat ketumbuhan paru-paru di Hospital Keningau, Sabah.

Menurut suaminya Irfin Abdul Manan, Allahyarhamah Yanie menderita sakit tersebut sejak dikesan pada Disember 2009 dan dimasukkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan rapi pada Februari 2010. Yanie merupakan anak didik Ning Baizura dan turut berduet bersama Ning dan Nikki Palikat menerusi lagu Drama.

Allahyarham Syed Anas

Syed Anas cukup popular dengan lagu hits, Memori Cinta sekitar 80-an. Digelar sebagai Boy George Malaysia, ketika zaman kegemilangannya, Allahyarham turut diundang mengadakan tujuh persembahan di Hawaii, Amerika Syarikat dan beberapa negara. Namun begitu, sekitar 90-an beliau mengundurkan diri kerana ingin menumpukan perhatian kepada perniagaan produk kesihatan yang diusahakan keluarganya, Nona Roguy.

Pada 5 Disember 2003 Syed Anas dilaporkan meninggal dunia kira-kira jam 1.15 pagi ketika dalam perjalanan ke Hospital Selayang selepas mengadu sesak nafas di rumahnya di Pantai Hill Park, Bangsar. Allahyarham meninggal dunia kerana menderita barah otak.

Allahyarhamah Maimon Talib

Al-Fatihah buat pelakon Maimon Mutalib yang telah meninggal dunia pada 17 Septermber 2013. Allahyarhamah meninggal dunia di rumahnya selepas dibenarkan keluar daripada Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Maimon sebelum ini dimasukkan ke hospital kerana menghidap penyakit kanser payudara. Ketika dikesan pada tahun 2013, kanser payudara tersebut telah pun berada di tahap keempat.

Allahyarhamah Ary Malik

Selepas kira-kira setahun menderita penyakit kanser ovari, pengacara Ary Malik akhirnya menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 7.17 malam Selasa di Hospital Ampang pada 28 Februari 2017. Allahyarhamah meninggal dunia di sisi keluarga termasuk suami dan anak-anaknya selepas kira-kira 10 hari dirawat di hospital itu.

ary malikazean irdawatykansermaimon talibsyed anasyanie mentor
https://lomp.at/1byae
Share4Tweet3SendShare

KINI TRENDING

HotList

Konsert Solo Yang Ditunggu 4 Dekad, Fauziah Latiff Akhirnya Bersedia

by Ayu Kamaruddin
January 22, 2026

Empat dekad dalam industri muzik bukan tempoh yang singkat dan bagi Fauziah Latiff, ia bukan tentang menolak peluang, sebaliknya menunggu...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

  4. 4

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

  5. 5

    “Maaf Bang, Saya Ada Baby…” – Isu Doorstep Delivery Waktu Berbuka Cetus Perdebatan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore