Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Kesihatan

Bukan Main-Main, Saringan Awal Kanser Payudara Adalah Kunci Rawatan

by Nurul A.
October 22, 2026
Kanser Payudara
Share on Facebook

Bagi kebanyakan wanita di Malaysia, tanda-tanda awal kanser payudara mungkin tidak begitu ketara sehingga mengganggu rutin harian. Ada yang memilih untuk menunggu dan memerhatikan perubahan tersebut, dengan harapan ia akan hilang dengan sendirinya. Keputusan untuk menunggu dan melihat perkembangan tersebut sememangnya boleh difahami.

Namun, dalam kes kanser payudara, masa bukan sahaja mempengaruhi peluang untuk terus hidup. Tahap kanser ketika dikesan boleh mempengaruhi pilihan rawatan, daripada prosedur yang lebih ringkas hingga pendekatan yang lebih kompleks, termasuk terapi sistemik selama beberapa bulan.

Mengapa Tahap Kanser Penting?

Tahap kanser merujuk kepada sejauh mana kanser telah merebak ketika diagnosis dilakukan. Kanser Tahap I masih terhad pada payudara, manakala kanser Tahap IV telah merebak ke bahagian tubuh yang lain. Tahap kanser merupakan antara faktor penting untuk menentukan pendekatan rawatan yang paling sesuai.

Menurut Dr. Nor Faezan, Pakar Perunding Bedah Am, Payudara dan Endokrin, penentuan tahap kanser melibatkan beberapa langkah pemeriksaan. Proses ini biasanya bermula apabila seseorang wanita menyedari perubahan pada payudara, seperti kemunculan ketulan, perubahan pada kulit atau puting, atau keluar lelehan luar biasa daripada puting.

Dr. Nor Faezan Abdul Rashid

Dalam sesetengah kes, perubahan tersebut dikesan melalui saringan. Pemeriksaan klinikal akan dilakukan terlebih dahulu, diikuti mamogram dan/atau pemeriksaan ultrabunyi jika diperlukan. Hasil penilaian ini membantu menentukan langkah rawatan seterusnya, termasuk pembedahan, kemoterapi, terapi sasaran, terapi hormon dan/atau radioterapi.

Topik Berkaitan Jangan Lalai! Wanita Wajib Tahu 3 Situasi Ini Tanda Awal Kanser Payudara

Penyesuaian Rawatan Dengan Tahap Kanser Ketika Dikesan

Pakar Perunding Onkologi Klinikal, Dr. Nur Adila menjelaskan bahawa bagi kanser Tahap I, rawatan tertumpu pada pembuangan kanser dan pengurangan risiko kanser berulang. Rawatan biasanya melibatkan pembedahan, diikuti radioterapi, terapi hormon, kemoterapi atau terapi sasaran, bergantung pada ciri-ciri tumor.

Dr. Nur Adila Mokhtar

Bagi kanser Tahap III, rawatan biasanya lebih intensif dan melibatkan gabungan terapi sistemik, pembedahan serta radioterapi. Bagi kanser Tahap IV pula, tumpuan utama adalah untuk mengawal penyakit, mengurangkan gejala dan mengekalkan kualiti hidup pesakit.

Memahami Pilihan Rawatan Pada Setiap Tahap Kanser

Tidak semua kes kanser dapat dikesan pada peringkat awal. Namun, diagnosis pada peringkat lanjut bukan bermakna tiada lagi pilihan rawatan. Pesakit juga memainkan peranan penting sepanjang proses rawatan.

View this post on Instagram

Dr. Nur Adila menasihatkan pesakit supaya sentiasa berhubung dengan pasukan perubatan serta mematuhi jadual rawatan, menghadiri janji temu susulan dan menjalani ujian yang disarankan. Langkah-langkah ini membolehkan doktor memantau keberkesanan rawatan, menguruskan kesan sampingan, mengesan sebarang perubahan lebih awal dan menyesuaikan pelan rawatan apabila perlu.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kesihatan payudara dan pilihan rawatan yang diperibadikan, layari laman web Pusat Perubatan Sunway Damansara atau dapatkan konsultasi daripada pakar bedah payudara dan endokrin atau pakar onkologi bagi menjalani penilaian yang bersesuaian.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
3
Hearts
Hearts
4
Haha
Haha
3
Star
Star
2
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
kanserkanser payudarasaringan awal kanser payudarasunway medical centretahap kanser payudara
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

berat badan
Kesihatan

Tengah Tidur Pun Berat Badan Boleh Turun, Nak Tahu Caranya?

by Nurul A.
October 14, 2026

Rasanya semua orang tahu, nak turunkan berat badan bukannya senang dan ianya adalah satu proses yang lama serta susah. Jadi tak...

Read moreDetails
aglow
Kesihatan

TEMUBUAL EKSKLUSIF: Dr. Amelia Siah Bawa Misi Kesedaran Kanser Payudara Menerusi Aglow Cup 2026

by Nurul A.
October 14, 2026

Bersempena dengan Bulan Kesedaran Kanser Payudara yang disambut setiap Oktober, MURAI berpeluang mengetengahkan kisah Dr. Amelia Siah, pengasas, CEO dan...

Read moreDetails
Gegata Kronik CSU
Kesihatan

Bukan Sekadar Alahan Atau Ruam, Kamu Mungkin Hadapi Gegata Kronik!

by Nurul A.
October 13, 2026

Pernah tak kamu terjaga tengah malam kerana kulit menjadi sangat gatal secara tiba-tiba dan dipenuhi dengan gegata, tetapi bila berjumpa...

Read moreDetails
RAMBUT BASAH
Kesihatan

Kerap Tidur Dengan Rambut Basah? Hati-Hati, Kamu Mungkin Hadapi 4 Masalah Ini

by Nurul A.
October 20, 2026

Kamu pernah tidur dalam keadaan rambut masih basah? Percayalah, ramai di antara kita yang kerap tidur dengan rambut yang basah...

Read moreDetails
Burnout
Kesihatan

Badan & Mental Rasa Sangat Lesu? 5 Cara Untuk Kamu Atasi Burnout

by Nurul A.
October 12, 2026

Pernah tak dalam satu-satu masa, kamu rasa seperti emosi, fizikal dan mental menjadi sangat letih? Atau rasa tertekan sangat? Hati-hati...

Read moreDetails
Promosi Pemeriksaan Kanser Payudara
Kesihatan

Nak Check Payudara Dengan Harga Promosi? Ini Hospital Yang Kamu Boleh Pergi!

by Nurul A.
October 12, 2026

Bersempena dengan Bulan Kesedaran Kanser Payudara atau Pink October, golongan wanita boleh merebut peluang ini untuk melakukan pemeriksaan kesihatan payudara....

Read moreDetails
Air Kosong
Kesihatan

Biar Berpada-Pada, Minum Air Kosong Berlebihan Boleh Datangkan Bahaya Ini…

by Nurul A.
October 11, 2026

Selalunya kita akan dengar yang pakar sarankan setiap individu meminum sekurang-kurangnya lapan gelas atau dua liter air sehari. Ini kerana...

Read moreDetails
Strok Kanak-Kanak
Kesihatan

Bukan Golongan Emas Sahaja, Kanak-Kanak Pun Boleh Terkena Strok

by Nurul A.
October 20, 2026

Apabila bercakap mengenai pesakit strok, kebanyakan orang akan terfikir tentang golongan emas dan bukannya kanak-kanak Malah, kebanyakan ibu bapa tidak...

Read moreDetails
Kanser Payudara
Kesihatan

Jangan Lalai! Wanita Wajib Tahu 3 Situasi Ini Tanda Awal Kanser Payudara

by Nurul A.
October 7, 2026

Jatuh pada bulan Oktober setiap tahun, Bulan Kesedaran Kanser Payudara diadakan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran; menunjukkan sokongan dan solidariti bagi...

Read moreDetails
Foto - Gossip Store, Bra
Kesihatan

Bra Kena Tukar Sekurang-Kurangnya 6 Bulan Sekali, Kalau Tak Ini Yang Kamu Hadapi

by Nurul A.
October 8, 2026

Cuba ingat semula, berapa kali dalam setahun kamu tukar bra? Penting untuk kamu tahu, pakar mengesyorkan bra yang kita pakai...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Guna Barang Dapur Sahaja, Ini Caranya Untuk Putihkan Ketiak

  2. 2

    Tren ECRL Bawa Penumpang ‘Explore’ Rasa Pantai Timur!

  3. 3

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  4. 4

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  5. 5

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara