Sunday, May 28, 2023
  • HYPE MY
  • DIVA MY
No Result
View All Result
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Sukan

5 Fakta Tentang ‘Final’ Piala Dunia FIFA 2018 Yang Terbaik Dalam Sejarah

by Khai Azfar
July 16, 2018
Share on Facebook

Malam tadi (waktu tempatan) telah menyaksikan Piala Dunia FIFA 2018 menutup tirainya dengan menyaksikan pasukan Perancis menjuarai Piala Dunia kali ini dengan mengalahkan pasukan Croatia, 4-2.

5 Fakta Mengenai ‘Final’ Piala Dunia FIFA 2018 Yang Terbaik Dalam Sejarah

Melihatkan pada perlawanan Piala Dunia 2018, rata-rata peminat mengakui bahawa Piala Dunia edisi kali ini adalah yang terbaik sepanjang sejarah. Malah ahli politik, Khairy Jamaluddin turut memperakuinya sebagai yang terbaik sejak 1986. Di sebalik perlawanan akhir malam tadi, beberapa fakta menarik turut tercipta. murai.my rangkumkan 5 fakta tersebut khas untuk anda!

Majoriti Pemain Perancis Berasal Daripada Afrika


Meskipun namanya adalah Perancis namun tahukah anda 70% pemain pasukan ini adalah pemain yang berasal daripada Afrika? Sebagai rekod, 14 daripada 23 pemain bola pasukan ini terdiri daripada ‘African’ termasuklah Paul Pogba dan Kylian Mbappe.

3 Individu Ini Memenangi Piala Dunia Sebagai Pemain Bola Dan Pengurus Pasukan


Benar! Malam tadi juga menyaksikan sejarah baru apabila pengurus pasukan Perancis, Didier Deschamps bukan sahaja memenangi piala dunia 2018 sebagai pengurus malah, pada 1998 dia turut merasai menjulang piala berkenaan sebagai seorang pemain bola.

Selain Didier, terdahulu dua invidu yang meraih gelaran yang sama adalah

Brazil : 1958 & 1970 – Mario Zagallo
Germany : 1974 &1990 – Franz Beckenbauer

Mario Mandzukic Jaringkan Gol Sendiri


Nampaknya nasib malang berganda buat pemain pasukan Croatia ini, Mario Mandzukic. Bukan sahaja tidak menjuarai piala dunia, malah dia juga antara penyebab Perancis memperoleh satu gol ‘percuma’ hasil sepakannya ke dalam gawang gol sendiri. Jaringan sendiri itu sekali gus mencatat satu sejarah baru dalam perlawanan akhir piala dunia.

Kali Pertama Layak Ke Peringkat Akhir


Meskipun tidak berjaya merangkul piala emas itu, pujian harus diberi kepada Croatia kerana ini adalah kali pertama mereka berjaya melangkah ke pusingan akhir. Malah Croatia juga berjaya mengharumkan nama negara kecilnya di mata dunia.

Percaya atau tidak, populasi penduduk Selangor lebih banyak daripada Croatia yang hanya mempunyai 4.2 juta penduduk berbanding Selangor yang mencatat 6.39 juta penduduk.

Penalti Pertama Dalam Pusingan Akhir Piala Dunia


Selain daripada jaringan sendiri, Mario Mandzukic juga punca Perancis menerusi Antoine Griezman memperoleh gol penalti selepas bola terkena pada tangannnya.

Kesilapan tersebut turut tercatat sebagai penalti pertama dalam pertandingan akhir Piala Dunia dalam sejarah.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini. 

FILED UNDER antoine griezmanDidier Deschampsfifa world cup 2018france vs croatiaMario MandzukicPiala Dunia 2018
Share1Tweet1SendShareShare

ARTIKEL BERKAITAN

Sukan

Ejek England? Video Pogba Joget Sambil Peluk Piala Jadi Bahan Ketawa

by Phic ARMAN
July 16, 2018
Sukan

Piala Dunia 2018 Dihebohkan Dengan Gambar Presiden Croatia Pakai Bikini

by Zaidin Albert
July 13, 2018
Sukan

Berpose Dengan Beckham, Budak Ini Kini Jadi Kapten England

by Phic ARMAN
July 6, 2018
Sukan

England Berjaya Bolos Gol Penalti Kali Pertama Dalam Sejarah!

by Khai Azfar
July 4, 2018

IKLAN

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kecoh Pengacara Suka Berpantun Langgan Pelacur Dan Mak Nyah, Netizen Boleh Teka Siapa Dia -“2 3 Kucing Berlari, Mari Kita Cari…”

  2. 2

    [VIDEO] Netizen Terhibur Lihat Rita Rudaini Semak Kerja Sekolah Anak!

  3. 3

    Shila Dituduh Tidak Matang Kerana Update Status Putus Cinta, Ubai Mohon Orang Ramai Faham Perangai Bekas Kekasih Ketika Sedih

  4. 4

    [VIDEO] Peminat Teruja Lihat Suasana Rumah Mewah Marsha Milan!

  5. 5

    Azhar Sulaiman Makan Di Restoran Makanan Cina, Ada Yang Persoal Status Halal?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan