Pelakon veteran dan pengarah, Ogy Ahmad Daud atau lebih mesra di panggil Kak Ogy menyuarkan rasa kagum terhadap Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Seri Anifah Aman.

Mereka berdua yang dilihat kekal di kerusi masing-masing selepas ahli Parlimen pembangkang yang terdiri daripada parti Barisan Nasional dan PAS keluar dewan sebagai tanda protes ke atas pelantikan Speaker Dewan Rakyat baharu semalam.

IKLAN

“You Have My Utmost Respect YB @khairykj
YB @khairykj Amat Beradab
Saya Setuju Dgn Apa YB Katakan
“Ini Bukan Cara Kita Membantah”
Cara YB Amat Matang Dgn Menghormati
Majlis…Alhamdulillah
May Allah Bless You Always YB @khairykj”- katanya menerusi kapsyen di Instagram

Pujian Ditolak Netizen


Namun pujian yang diberikan oleh Kak Ogy telah ditolak oleh seorang pengguna Instagram, Mohd Fitri yang mendakwa mereka ini ibarat ‘lalang’. Kenapa Lalang?

Komen ini telah mendapat respon dari Kak Ogy dengan bertanya samaada komen tentang ‘lalang’ itu ditujukan kepadanya atau kepada dua pembangkang yang tidak meninggalkan dewan itu. Ini Jawapannya:

Nak Kritik Harus Ke Saluran Yang Betul


Memang benar apa yang dikatakan oleh Kak Ogy, jika benar kita tidak berpuas hati dengan sikap mereka berdua, individu ini sepatutnya ke saluran yang betul, terus ke instagram mereka kerana Instagram Kak Ogy bukanlah untuk platform untuk berdebat mengenai politik.

Syed Saddiq Ulas Isu Yang Sama


Semalam, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman turut mengulas mengenai kejadian itu di Twitter dan berkata, mereka yang kekal di dewan itu lebih mengetahui tentang belia.

Foto: Mstar

Sikap Tuding Jari Boleh Menimbulkan Perbalahan


Apa-apa pun, kami di murai.my menasihatkan netizen supaya menggunakan saluran betul mengkritik mana-mana ahli politik daripada membuatnya secara terbuka menerusi ruangan komen orang lain, macam kes Instagram Kak Ogy ni.

Sikap buruk seperti perang mulut dan saling menunding jari antara satu sama lain di media sosial boleh menyusah dan menimbulkan perbalahan sesama anggota seterusnya memberi gambaran buruk kepada rakyat. Realitinya “keyboard warrior’ ni pengecut dan takut dengan dunia luar.

IKLAN
Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry

Komen Anda