Wednesday, July 9, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti

Ariff Aziz Nafi Nikah A. Aida Kerana Kemewahan & Wang Ringgit?

by Ayden Mikhael
July 22, 2018
12
KONGSIAN
Share on Facebook

Malam tadi, tepat jam 9 malam, produser Datuk A. Aida telah sah bergelar isteri kepada pelakon muda Ariff Aziz, 29 dengan dua kali lafaz. Pasangan pengantin ini dinikahkan oleh Jurunikah Ustaz Mohammad Imran Nasohah, Imam 2 Masjid Darul Ehsan, Subang Jaya.  Ariff atau nama sebenarnya Wan Izma Ariff Abd Aziz memberikan mas kahwin sebanyak RM300 dan wang hantaran RM20,000. Selain itu, A. Aida, 47, turut menerima tiga dulang hantaran berupa wang hantaran, cincin jenama Cartier seberat 1.42 karat dan Beg tangan jenama Hermes.

Sementara Ariff pula menerima lima dulang yang dibalas dengan jam tangan jenama Hublot, cincin, beg bimbit jenama Louis Vuitton (LV), minyak wangi jenama Chanel serta kuih-muih dan manisan.

Majlis pernikahan serba ringkas tetapi meriah yang berlangsung di Dorsett Grand Hotel, Subang itu dihadiri tetamu yang terdiri daripada sanak saudara pasangan pengantin dan rakan rapat. Majlis resepsi kedua-dua mempelai dijadual akan diadakan di rumah peranginan A. Aida di Janda Baik, Pahang pada 20 April 2019 sempena tarikh hari lahir A. Aida.

Dalam pada itu, Ariff menafikan dia mengahwini A. Aida atau nama sebenarnya Datuk Zaidah Awang kerana duit atau kekayaan dimiliki wanita itu.

Sebaliknya, Ariff menyunting Aida sebagai suri hatinya kerana benar-benar menyayangi wanita itu. Katanya, Aida yang memiliki tiga anak dari perkahwinan terdahulu itu mempunyai kecantikan luaran dan dalaman. Biarpun sedar ramai pihak skeptikal sebaik Aida mengumumkan mereka bakal bernikah, jejaka itu menegaskan bahawa dia sudah memiliki harta sebelum bertemu isterinya.

Pada masa sama, A. Aida juga akan mengotakan janji terhadap suaminya, yang mahu dia menutup aurat selepas mereka berkahwin. A. Aida berkata, dia sudah pun mula mengenakan tudung penuh pada majlis pernikahannya pada malam Sabtu dan imej itu akan kekal.

Untuk makluman, A. Aida dan Ariff mula kenal sejak 2015 ketika Ariff bekerjasama dalam projek drama bersama A. Aida. Bibit cinta mula bersemi sejak tiga bulan lalu selepas Ariff putus tunang. Melihat budi baik, sikap bertanggungjawab dan sempurna pegangan agama, Aida terbuka hati menerima lamaran Ariff.

murai.my ingin mengucapkan selamat pengantin baru kepada pasangan ini dan semoga berkekalan hingga ke jannah, in shaa Allah, aamiin.

ariff azizDatuk A Aida
https://lomp.at/4qfng
Share5Tweet3SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  4. 4

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

  5. 5

    [VIDEO] Norman Hakim & Abby Abadi Rai Hari Lahir Marissa Dania, Curi Perhatian Netizen!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem