Sunday, July 6, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti

Murung Sampai Lemah! Erra Fazira Berkurung Dalam Bilik Seminggu?

by Phic ARMAN
July 23, 2018
Share on Facebook

Bukan mudah untuk menjalani kehidupan bergelar anak seni. Hampir 25 tahun mengharungi suka duka dalam dunia hiburan, pelakon dan penyanyi, Erra Fazira yang boleh dianggap primodona Malaysia, akhirnya telah membuka pekung di dada.

Menerusi sebuah temubualnya bersama Utusan Online, Erra berkata selama dia bergelar anak seni , banyak kontroversi telah dihadapinya namun dia menganggap itu adalah cabaran utama buat dirinya selepas masuk dalam industri ini. Namun dia tetap kuatkan hati dan sentiasa berfikiran positif dan menganggap apa yang terjadi sebagai proses mematangkan diri.

Pernah Alami Kemurungan


Sama seperti orang lain, Erra akui dia pernah mengalami masalah kemurungan sehingga memaksa dirinya untuk berkurung di dalam bilik selama seminggu.

“Saya pernah mengalami kemurungan. Duduk berkurung di bilik selama seminggu. Langsung tidak mahu keluar rumah, tak nak buat apa-apa aktiviti. Badan pula terlalu lemah. Mental pula asyik terfikir dengan apa orang luar kata tentang saya. Ya, kemurungan itu memang menyakitkan.

Kuatkan Semangat


Dalam kenyataannya menerusi laporan itu, Erra berkongsi kepada media bagaimana dia menangani masalah kemurungan dan melupakan masalah yang menimpa dirinya.

“Tapi pada hari kelapan, saya paksa diri untuk bangkit juga. Saya memikirkan ada tanggungjawab yang belum selesai. Itu yang saya kuatkan semangat dan menyibukkan diri kerana itu satu-satunya cara dapat melupakan permasalahan yang ada,” kata Erra sambil tidak menyatakan secara terperinci kejadian tekanan yang dihadapi.

Nasihat Erra, pada yang pernah mengalami masalah yang sama, mereka haruslah ambil sedikit masa untuk memperbaiki keadaan. Beliau juga menyarankan supaya jangan biarkan diri itu terlalu lama berdepan dengan isu yang sama dan terus mencari  penyelesaian bagi merawat kesedihan itu. Erra sendiri mengambil masa selama 3 hari untuk pulih jika diuji dengan masalah yang menyedihkan.

Norman Hakim Kongsi Momen 'Dinner' Dengan Erra Fazira, Curi Perhatian Netizen!-"Boleh Buat Pasrah 2..."

Sumber Utusan

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
depresierra faziramurung
https://lomp.at/hry2k
Share3Tweet2SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem