Imej ‘boyish’ menjadi pilihan Janna Nick sekali lagi. Janna yang memotong rambut pendek demi menjayakan wataknya dalam drama berjudul ‘Leftenan Zana’ terbitan JS Pictures.
Tindakan Janna memotong rambut sedemikian telah mendapat pelbagai reaksi daripada peminatnya. Ramai menyamakan imej terbaharu pelakon drama ‘Semerah Cinta Humairah’ itu seperti penyanyi Indonesia, Agnez Monica.
Malah ramai merasakan Janna sesuai dengan imej ‘boyish’ yang membuatkan imejnya tampak lebih berkarisma dan berkeyakinan.
“Alamak kenapa ‘handsome’ sangat ni Janna Nick? Tetapi bila tengok balik macam Agnes Monica!,” tulis netizen di Instagram.
Ini bukan kali pertama Janna memotong rambutnya pendek seperti lelaki kerana sebelum ini Janna pernah memotong rambut dengan gaya yang sama untuk menjayakan wataknya sebagai Dani dalam drama bersiri ‘My Coffee Prince’.
Bagaimanapun seperti kebiasaan, imej itu turut mendapat kritikan daripada segelintir netizen yang merasakan Janna lebih ayu dengan rambut panjang. Ada di antara mereka turut mempersoalkan tindakannya berambut pendek kerana imej itu membuatkan dia nampak seperti lelaki. Ramai berharap Janna tidak lagi tampil dengan imej tersebut selepas ini.
“Cantik tapi lagi cantik Kalau panjang atau mengenakan tudung sebab orangnya memang cantik sekali.
“Rambut tak cantik tetapi orangnya tetap lawa! Aduh… Kan molek kalau rambut tu panjang, tak faham la,” antara komen netizen.
Ada juga netizen yang beranggapan Janna Nick meniru rambut Syafiq Kyle. Bukan setakat itu sahaja, mereka berdua memotong rambut di salun rambut yang sama.
Janna menerusi InstaStory turut berkongsi video hari ini dia sudah memasuki set penggambaran drama ‘Leftenan Zana’ arahan Jinggo itu. murai.my berharap agar Janna terus maju jaya dalam karrier showbiz dan terus positif dengan apa jua langkah diambil.
Sumber : Mstar Online
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.