Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz SuaraNETZ

Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

by Phic ARMAN
March 17, 2026
778
KONGSIAN
Share on Facebook

Musim Raya ni memang tak lengkap tanpa duit raya, kan? Tapi baru-baru ni, satu video TikTok jadi tular sebab seorang pelanggan bank kongsi pengalaman dia bila datang nak tukar duit raya… dan pekerja bank tu katanya buat muka “pandangan jijik”.

Dalam video tu, pelanggan tu luahkan rasa kecewa:

“Bila customer datang nak tukar duit raya, jangan tengok macam kita mencuri atau jijik. Memang dah rutin tahunan. Kalau boleh tukar duit raya dekat kedai tayar pun orang tak nak datang bank. Ini bercakap dengan customer pun macam nak bergaduh.”

Dia siap bagi tips sikit untuk pekerja bank:

“Sepatutnya korang dah tahu bila duit raya akan sampai, jadi kena ready dengan soalan tahun dan bersedia mental.” Nampaknya, dia rasa layanan tu tak mesra dan buat pengalaman tukar duit raya jadi stress sikit.

Tapi, tak lama lepas tu, seorang bekas pekerja bank bagi perspektif lain. Katanya, bank memang utamakan pelanggan yang ada akaun dengan mereka dulu:

“Saya ex kakitangan bank. Kami lebih dahulukan customer bank kami sendiri. Ni kalau orang luar tiba-tiba nak tukar duit raya, abis customer kami nak tukar macam mana pula nanti? Renung-renungkan.”

Kes ni jadi perbualan hangat netizen,  ada yang rasa pekerja bank patut lebih mesra, ada juga yang faham prosedur bank memang ada keutamaan. Tapi satu benda jelas, musim duit raya memang buat semua orang sibuk… termasuk pekerja bank!

Kalau ikut MURAI, “Duit raya datang setahun sekali, layanan elok pun sekali je boleh buat hati lega.” 

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Duit Raya
Share311Tweet195SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Faisal Halim Jawab Mesej Tular- “Kita Boleh Berhubung Secara Baik”

  2. 2

    Ingatkan Kotor, Rupanya Bentuk Garfu Pula Jadi Perhatian! Pelanggan Terhibur Dengan Penemuan Pelik Di Restoran

  3. 3

    Anak Sulung Aziz Sattar Meninggal Dunia, Pernah Mengisi Layar Anakku Sazali

  4. 4

    Niat Nak Bercuti, Berakhir Di Dewan Bedah! Dakwaan Kecederaan Serius Di Taman Rekreasi Cetus Kerisauan

  5. 5

    ANSA Hotel Kuala Lumpur: Hotel Tengah Bukit Bintang Ini Jadi Pilihan Ramai, Keluar Je Terus Sampai Pavilion, Lot 10 & Jalan Alor!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara