Monday, July 7, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti

Siti Nurhaliza Mengaku Pernah Belasah Orang. Ini Puncanya!

by Phic ARMAN
August 17, 2018
Share on Facebook

Seperti mana yang pernah di war-warkan sebelum ini, FBI Live yang dikendalikan oleh dua hos popular Faizal Ismail dan Fara Fauzana (Fafau) sudah digantikan dengan sebuah program baru yang dikenali sebagai Dbilique.

Program berkonsepkan konti rumah dinamakan FBI Live itu menggunakan aplikasi live Facebook dan disiarkan secara visual di rumah yang terletak di Taman Tun Dr Ismail.

Disampaikan dengan santai dan menghiburkan, baru-baru ini Dbilique telah menjemput Datuk Seri Siti Nurhaliza ke konti mereka untuk segmen Artis Masuk Bilik pada Rabu yang lepas (15 Ogos 2018).

View this post on Instagram

A post shared by DBILIQUE (@dbilique)

Kehadiran Siti semestinya menarik minat ramai penonton, ini telah dibuktikan apabila segmen ini telah mencapai 150 ribu tontonan selepas disiarkan di Facebook Faizal Ismail FBI.

Apa yang menarik minat kami, terdapat satu segmen di mana artis jemputan perlu menyertai satu permainan yang dikendalikan oleh Faizal dan Fafau. Siti perlu membaca salah satu soalan dari sebuah buku yang dipanggil Buku Beracun tetapi jika pemain tidak mahu menjawab soalan, maka penalti dikenakan.

Salah satu soalan cepumas yang dipilih oleh Siti adalah,

” gaduh Masa zaman sekolah?, siapa orang itu?”

Tanpa berselindung, Siti Nurhaliza menjawab,

“Pernah Gaduh! Saya gaduh dengan seorang budak ini, sebab dia suka panggil saya Bohsia. Sewaktu itu saya baru Tingkatan tiga dan semua pelajar perempuan akan dipanggil dengan gelaran Bohsia oleh budak lelaki itu. Kerana kenakalan budak itu, saya kejar dia satu sekolah sampai dapat. “

Fafau melanjutkan pertanyaan, adakah budak itu dibelasah teruk. Siti menjawab,

“Ya, saya minta maaf kepada budak nakal itu kerana dibelasah oleh saya. Saya pasti budak  itu pasti ingat lagi peristiwa ini,” kata Siti

Suasana di studio ternyata meriah sekali dengan perkongsian memori zaman persekolahan Siti lagi-lagi dengan usikan Faizal dan Fafau. Bila ingat balik kenangan lama, rasa nak sekolah balik. Untuk adik-adik yang masih bersekolah, nikmatilah zaman sekolah ini, jangan ponteng dan jangan lawan cikgu!

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
[VIDEO] Gelagat Siti Nurhaliza Menyanyi Duet Dengan Afwa, Curi Perhatian Ramai!
DbliliqueFaizal ismailfarah fauzanasiti nurhaliza
https://lomp.at/9rndd
Share3Tweet2SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  4. 4

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  5. 5

    [VIDEO] Gara-Gara Anak Solat Di Ruang Tamu, Rumah Maia Estianty Dikritik Ramai

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem