Sunday, July 6, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Hollywood

Mengapa Perkahwinan Justin Bieber & Hailey Baldwin Ditangguhkan?

by Ayden Mikhael
August 18, 2018
Share on Facebook

Sejak berita mereka bersatu semula dan pertunangan mereka yang agak cepat serta mengejut itu, netizen telah membuat spekulasi bahawa perkahwinan Justin Bieber dan Hailey Baldwin akan berlangsung tidak lama lagi.

Beberapa sumber yang boleh dipercayai memberitahu TMZ bahawa mereka tidak akan berkahwin sehingga tahun hadapan. Mereka berdua telah membuat komitmen sesama sendiri, dan itu adalah perkara yang paling penting sekali. Satu lagi sumber yang kukuh memberitahu ia adalah satu kesilapan jika melihat pertunangan mereka sebagai satu tindakan tergesa-gesa.

“Justin sudah lama mencintai Hailey, jadi perkara ini bukanlah datang secara tiba-tiba,” kata mereka.

Walaupun ramai pihak menyangka mereka telah berpisah sejak tahun 2016, tetapi sebenarnya mereka telah bersama semula ‘beberapa kali’ yang tidak pernah diketahui umum. Jadi jika difikirkan pertunangan mereka ini bukanlah satu perkara yang mengejutkan.

Ini adalah beberapa perkara yang murai.my tahu tentang perkahwinan ini; sepupu Hailey, Alaia dan Ireland Baldwin akan menjadi bridesmaids, menurut sumber daripada ibu mereka Kim Basinger, dan Justin serta Hailey ingin membuat majlis kecil-kecilan saja.

“Buat masa ini, mereka inginkan majlis sederhana bersama keluarga mereka.

“Mereka tidak merancang perkahwinan besar-besaran. Mereka berkahwin atas nama cinta dan tidak inginkan perkahwinan mewah” Kata ibu Justin.

murai.my tak sabar nak menunggu perkahwinan mereka ini, pasti meriah dan mungkin akan jadi wedding of the year?

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Akhirnya Justin Bieber Bersuara Mengenai Spekulasi Keganasan Seksual P.Diddy Terhadapnya
Hailey Baldwinjustin bieber
https://lomp.at/gosuu
Share2Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  4. 4

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  5. 5

    [VIDEO] Gara-Gara Anak Solat Di Ruang Tamu, Rumah Maia Estianty Dikritik Ramai

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem