Thursday, July 3, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti

Umie Aida Sesak Nafas Teruk & Diselamatkan Oleh Suami Tersayang?

by Ayden Mikhael
August 26, 2018
33
KONGSIAN
Share on Facebook

Pelakon tersohor tanah air, Datin Seri Umie Aida baru-baru ini mencemaskan suami, Datuk Seri Khairudin Abu Hassan serta keluarga apabila beliau tiba-tiba berpeluh dengan sangat banyak dan berwajah pucat lesi.

Adik beliau, pelakon yang juga pengusaha produk makanan, Betty Rahmad memuat naik IG story menunjukkan Umie dikendong suaminya dari bahagian atas rumah untuk dibawa ke hospital.  Dalam video tersebut Betty memaklumkan kakaknya terpaksa dikejarkan ke hospital selepas terlalu banyak makan buah cempedak.

“Kak Umie tiba-tiba diserang sakit perut. Gara-gara cempedak katanya. Angin lah tu,” kata Betty.

https://www.instagram.com/p/Bm226HLjOgS/?taken-by=umieaida9

Menurut Umie, dia bernasib baik apabila suami, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan kebetulan berada di rumah.

“Saya makan tidak sampai seulas pun. Subhanallah, sakitnya sampai tak boleh bernafas.

“Kebetulan suami balik nak makan tengah hari, jadi dia hantar saya ke hospital. Namun, sampai saja di hospital, selepas doktor periksa dan jururawat nak berikan suntikan, sakit hilang.

“Alhamdulillah, saya sudah sihat. Selamat tinggal cempedak. Terima kasih mendoakan kesihatan saya,” katanya.

Umie memang diketahui sangat ‘berhantu’ dengan buah-buahan tempatan antaranya yang lain, durian, rambutan, manggis, langsat serta dokong. murai.my mendoakan agar kak Umie cepat-cepat sembuh dan dapat menjalani aktiviti harian seperti biasa. PEACE!

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Datuk Seri Khairudin Abu HassanUmie Aida
https://lomp.at/afdtl
Share13Tweet8SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  4. 4

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

  5. 5

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem