Tuesday, July 1, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home HotList

7 Keranda Paling Mahal Di Dunia! Buatan Malaysia Juga Tersenarai

by Phic ARMAN
August 29, 2018
89
KONGSIAN
Share on Facebook

Mungkin disebabkan ia diperbuat dari bahan istimewa, jadi harganya jadi tersangat mahal. Bagi sesetengah orang, keranda digunakan sebagai lambang penghormatan dari para pengikut atau peminat si mati . Jadi tak hairanlah jika banyak syarikat perniagaan membuat keranda dengan harga melambung tinggi.

Bagi kebanyakkan orang yang bergelar VIP atau VVIP, keranda yang digunakan sebagai tempat persemayaman pun harus berkualiti tinggi dan mewah. Meski begitu, penggunaan keranda berkualiti tinggi dengan rekaan yang artistik juga boleh menjadi lambang kehormatan kepada orang yang meninggal. Hanya orang-orang tertentu sahaja yang mampu mendapatkan keranda tersebut.  Berikut 7 Keranda paling mahal di dunia:

Keranda John F Kennedy – RM 16,000

Dilapisi gangsa,  keranda dengan rekaan dalaman satin putih dipilih bagi mendiang Presiden Amerika Syarikat John F. Kennedy. Tak seperti yang lain, keranda bernilai hanya USD 4,000 atau RM 16,000 tersebut hanya digunakan untuk mengisi tubuhnya ketika dibawa dari Dallas ke Washington setelah dibunuh pada 1963. Kemudian beliau akhirnya dijatuhkan di Lautan Atlantik, tempat yang Kennedy inginkan sebagai tempat persemayan terakhirnya.

Keranda Walwod – RM 18,459

Keranda  yang digunakan untuk mengebumikan Robert Wadlow pada 1940 ini memerlukan kos sehingga USD 4,500 atau  RM 18,459 untuk membuatnya. Tak menjadi hairan ini kerana Wadlow memiliki tubuh yang super besar. Tingginya sekitar 8 kaki dan lebar badannya mencapai 11.1 inch. Dengan tinggi badannya itu, dia dikenali sebagai lelaki yang tertinggi dalam sejarah. Tak hanya mahal, keranda tersebut juga memiliki berat yang luar biasa hingga memerlukan 12 orang untuk mengangkatnya.

Peti mati Hallmark Bronze – RM 28,303

Sebuah syarikat perniagaan Savon Caskets dan Urns di Washington mereka khas keranda yang bahagian luarnya dilapisi gangsa. Di dalamnya, tubuh jenazah akan dibaringkan di atas kain baldu putih dan lembut. Di bahagian kepala juga disediakan bantal yang lembut. Malah keranda yang bernilai USD 6,900 atau RM 28,303 ini di dalamnya tersedia tempat khusus untuk menyimpan tabung memori.

Keranda Elizabeth Taylor – RM 45,112

Ketika pengembumian pada 2011, harga keranda tempat Elizabeth Taylor bersemayam mencapai USD 11 ribu atau setara RM 45,112. Peti mati bergaya Yahudi ini terbuat dari kayu dan bahan-bahan berkualiti. Interior dalamnya dilapisi baldu berwarna merah ternyata secocok dengan personalitinya.

Promethian – RM 102,550

Michael Jackson dikuburkan di ForestLawnMemorial pada 2009. Dia disemayamkan di dalam Promethian, keranda berkualiti tinggi dengan konspm moden ini dilapisi emas 14 karat.

Tak hanya emas, bahagian permukaan peti emasnya juga terdapat ukiran khas untuk membuatnya terlihat lebih indah. Di dalamnya, terdapat cermin dengan baldu berwarna biru. Harga keranda ini bernilai USD 25 ribu atau RM 102,550 ini tentu tak semahal mana bagi Michael Jackson yang semasa hidupnya mampu menghasilkan harta USD 150 juta setahun.

Xiao En Center Casket – RM 149,348

Sesuai namanya, keranda mahal yang satu ini dihasilkan oleh Xiao En Center yang berpengkalan di Kuala Lumpur. Keranda tersebut diperbuat dari kayu maho terbaik dan dihiasi dengan lukisan tangan yang artistik di bahagian sisi luar.

Baldu lembut berwarna merah hati yang sangat mewah juga dilengkapi dengan bantal kepala di bahagian dalam. Kebanyakkan orang yang disemayamkan dalam keranda berharga USD 36,800 atau RM 149,348 ini kemudian di kuburkan di Taman Eternal Compassion.

Keranda Zsa Zsa Gabor – RM164,080

Golden Casket membuat keranda tersebut dari emas 24 karat. Peti tersebut dibeli untuk Zsa Zsa Gabor pada 2011 dengan kos sebesar USD 40 ribu atau setara RM164,080.

Goldem Casket menawarkan keranda ini pada Gabor sebagai bentuk perayaan atas sembuhnya dia dari pendarahan. Sementara itu, suaminya memberitahu dia akan menghancurkan keranda itu dan melebur emasnya untuk dijadikan cincin yang cantik.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Elizabeth taylorkerandamewahmichael jacksonpaling mahal
https://lomp.at/ckzpz
Share36Tweet22SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Ada Hikmah Abah Sakit, Akhirnya Anak-Anak Bantu Berniaga” – Aliff Syukri Bersyukur Anak Banyak Membantu

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem