• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Dakwaan Hairul Azreen & Ammar Alfian Diculik Hanya Publisiti Murahan?

by Khai Azfar
August 30, 2018
Share on Facebook

Baru-baru ini ketika ditemui murai.my di sidang media filem Paskal The Movie, pelakon Hairul Azreen dan Ammar Alfian mendedahkan bahawa mereka menjadi sasaran lanun yang merancang ingin menculik mereka ketika penggambaran diadakan di sebuah pelantar minyak dikenai sebagai pelantar Tun Sharifah Roziah (TSR).

Komander ESSCOM Dakwa Kenyataan Pelakon Hanya Publisiti Murahan

Terbaru, menerusi laporan beberapa akhbar tempatan menjelaskan bahawa dakwaan tersebut tidak bernar setelah Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) Datuk Hazani Ghazali menceritakan perkara yang sebenar selain menyifatkan kenyataan mereka seperti tidak berasas.

“Saya percaya tidak ada cubaan melakukan culik kepada mereka. Kenyataan itu mengundang persepsi negatif orang awam terhadap tahap keselamatan di perairan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE). Kenyataan pelakon ini juga amat mengelirukan walaupun ia mungkin hanya gimik promosi filem dan janganlah menggunakan kenyataan ini hanya untuk publisiti murahan bagi menarik minat penonton yang dijangka ditayangkan September depan”

Mahu Pelakon Membuat Laporan Polis

Tambahnya lagi tiada rekod menunjukkan sebarang laporan mengenai kejadian tersebut dicatat sepanjang 2017 dan 2018.

Dakwaan Hairul dan Ammar sebelum ini boleh dikenakan tindakan undang-undang kerana menyebarkan kenyataan yang tidak benar selain menasihati pelakon itu membuat laporan polis untuk pihak ESSCOM mengambil tindakan sewajarnya.

Hairul Azreenhairul azreen paskalpaskal
https://lomp.at/psrt6
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

No Content Available
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    VIDEO Keakraban Tunku Azizah & Permaisuri Suthida Selepas Raih Emas Buatkan Rakyat Terpesona

  2. 2

    Perodua Traz VS Toyota Yaris Cross: SUV Kembar, Harga Jauh Beza, Mana Sebenarnya Lebih Berbaloi?

  3. 3

    Busana Madammu Raih Pujian, Netizen Terpesona di Pembukaan Flagship Store Noir

  4. 4

    Lisa Surihani Kongsi Rasa Kagum Dengan Sarimah Ibrahim-“Terima Kasih Menjadi Inspirasiku..”

  5. 5

    Bantuan Kanak-Kanak Keluarga B40 Sebanyak RM1000- Jom Mohon Segera!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore