Hairul Azreen Menangis Beberapa Kali Kerana Filem Paskal

Mesti Baca

Ingat Lagi ‘Rrama’ Dalam Cicak Man 2? Kini Tamara Berusia 46 Tahun & Bakal Terima Menantu

Masih ingat lagi dengan pelakon sinetron popular di era 90an, Tamara Bleszynski? Kalau anda tak ingat, dulu aktres cantik...

‘Nak Muntah’- Maria Ozawa Kenang Hari Pertama ‘Shooting’ Selepas 6 Tahun Bersara Dari Filem Porno

Setelah membuat pengakuan telah bersara dari industri filem porno, ternyata kehidupan Maria Ozawa menjadi perhatian media. Wanita berusia 35...

“Alahai Nenek Herot Ni”- Zarina Anjoulie Balas Sindiran Bekas ‘PA’ Aliff Syukri

Pelakon dan usahawan Zarina Anjoulie menerusi laman Instagram nya menyelar tindakan bekas pembantu peribadi Dato Sri Aliff Syukri, Melati...

Suatu ketika dahulu, pelakon Hairul Azreen pernah menggelarkan dirinya sebagai Captain Hairul selepas menjuarai rancangan realiti Fear Factor bersama rakannya, Gambit Saifullah.

Sejak daripada itu, suami kepada Hanis Zalikha ini sering kali terlibat dengan filem aksi. Namun ianya bukanlah sesuatu yang menghairankan kerana Hairul terlebih dahulu mencipta nama menjadi pelakon lagak ngeri dan pernah bergelar atlet seni mempertahankan diri.

Menangis Tahan Sakit

Kini, Hairul dikatakan sudah habis menjalani penggambaran filem aksi, Paskal yang akan ditayangkan tidak lama lagi. Namun begitu, di sebalik penggambaran tersebut, Hairul mendedahkan dia beberapa kali menangis ketika menjalani penggambaran filem itu. Ini kerana dia terpaksa menahan sakit disebabkan tulang jari kanannya telah patah.

“Saya tak pernah jalani penggambaran sampai berlaku kecederaan seteruk ini. Kejadian itu berlaku ketika saya melakukan latihan sendiri. Sebab nak menjiwai watak askar itu. Saya berlakon dalam keadaan sakit. Banyak kali juga saya menangis”

https://www.instagram.com/p/BiMgV2wH8D6/?taken-by=hairulazreen

Hampir Berputus Asa

Tambahnya juga, dia hampir berputus asa untuk meneruskan penggambaran filem tersebut namun memikirkan ianya satu peluang yang besar buatnya,dia tetap meneruskan ‘perjuangannya’

“Ada ketika itu, saya rasa sampai dah tak boleh nak teruskan. Tapi bila fikir balik, ini satu benda yang besar. Lagipun saya dapat berlakon dengan pelakon Hollywood iaitu Tiger chen. Satu permulaan yang baik untuk saya. Malah, saya rasa bangga jari patah. Alhamdulillah, dengan izin tuhan dapat saya selesaikan penggambaran,”

Untuk anda yang tidak tahu, filem Paskal adalah mengenai Pasukan Khas Laut (Paskal), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang diarahkan oleh Adrian Tan dan menampilkan pelakon seperti Ammar Alfian, Henley Hii, Taufiq Hanafi, Gambit Saifullah, Hafizul Kamal, Theebaan G dan Jasmine Suraya Chin. Sebelum Paskal, Hairul juga dikhabarkan terlibat dalam filem aksi mengenai pasukan Bomba, Qhaliq yang akan ditayangkan pada Aidilfitri ini. Tahniah Hairul!

Sumber Mstar Online 

Terkini

Lagu Aniq Muhai Trending Selepas Menang Anugerah Nasyid Malaysia!

Pendatang baharu, Aniq Muhai kini semakin dikenali ramai apatah lagi selepas dinobatkan sebagai Artis Nasyid Baharu Pilihan di malam...

Artikel Berkaitan