Thursday, July 3, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Inspirasi

Mengapa Kaer Azami Nekad Bersara Dari Dunia Pereka Hiasan?

by Ayden Mikhael
September 1, 2018
10
KONGSIAN
Share on Facebook

Akui sukar membuat keputusan yang besar ini, penyanyi Kaer Azami memberitahu yang beliau nekad dan sanggup meninggalkan kariernya sebagai pereka hiasan dalaman yang diceburinya sejak lapan tahun lalu kerana cintanya terhadap xbidang muzik tidak pernah pudar walaupun sudah lama menyepi.

“Lapan tahun saya kerja sebagai pereka hiasan dalaman dan kemunculan single bersama Amylea berjudul Tak Pernah Hilang kembali membuka jalan kepada saya dalam bidang muzik.

“Walaupun sukar juga membuat keputusan itu tetapi saya tidak menyesal sebab muzik adalah cinta dan jiwa saya. Saya mengambil keputusan berhenti pun kerana ingin fokus seratus peratus kepada nyanyian,” katanya yang mahu memberi tumpuan kepada dunia seni, katanya kepada Mstar.

Kaer juga tidak menafikan populariti lagu ‘Tak Pernah Hilang’ menjadi pendorong kepadanya untuk kembali bersemangat merancakkan kembali karier seninya dan beliau juga mendapat dorongan daripada rakan-rakan industri termasuk rakan duetnya, Amylea membuatkan dia lebih yakin dengan keputusannya.

“Ini saya namakan rezeki… Alhamdulillah lagu itu sedikit sebanyak berjaya melonjakkan kembali nama saya dan itu adalah peluang yang perlu saya gunakan sebaik-baiknya.

“Sokongan dan dorongan daripada rakan-rakan juga membuatkan saya lebih yakin kerana jujurnya saya takut juga kerana zaman sudah banyak berubah.” jelasnya lagi.

Bercakap mengenai karier muzik, Kaer berkata, selain bakal muncul dengan single duet bersama Amylea untuk drama bersiri ‘Nur 2’ tidak lama lagi dia juga sedang rancak merencanakan karier solonya. Kaer juga akan menghasilkan single terbaharunya yang dijangka berada di pasaran pada tahun hadapan.

murai.my mendoakan agar Kaer berjaya dalam apa sahaja bidang yang diceburi dan dapat membuktikan bahawa artis keluaran Akademi Fantasia adalah bukan artis suam-suam kuku sahaja. Aamiin!

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Amylea Azizankaer azami
https://lomp.at/nhdg7
Share4Tweet3SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  4. 4

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

  5. 5

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem