Berharga RM2.4 Billion, Pesawat Presiden Mexico Jadi Yang Termahal Di Dunia

44

Walaupun Mexico bukanlah negara maju, namun pesawat yang dimiliki presiden negara tersebut adalah yang termahal di antara pesawat-pesawat dari negara lain. Malah harganya lebih tinggi dari kepunyaan Presiden Russia dan Presiden Amerika Syarikat.

Presiden Enrique Peña Nieto memiliki pesawat berjenis Boeing 787-8 Dreamliner yang digunakan untuk menjalankan tugas -tugas negara. Pesawat ini berharga US$ 600 juta atau atau sekitar RM 2.4 Billion.

Berikut beberapa fakta-fakta lain mengenai pesawat Presiden Mexico yang mewah ini.

1Kelajuan 

Sebelum kita melihat bagaimana rupa dalam pesawat presiden ini, apa kata kita ketahui kecanggihan pesawat ini. Pesawat ini mampu menempuhi jarak 1,600 kilometer dalam waktu satu jam.

Kapasiti tangki bahan bakarnya juga sangat besar. Khabarnya sampai 20 jam pun pesawat ini boleh terbang tanpa harus diisi minyak lagi.

IKLAN

Berikutnya, kita lihat bagaimana interior pesawat ini.

2Konsep Moden

Ternyata interior pesawat mengetengahkan konsep moden. Malah beberapa media asing menyebut inilah pesawat presiden dengan rekaan interior paling moden. Interior pesawat ini didominasi warna putih dan bingkai hitam yang elegan. Material di gunakan dalam pesawat juga kelihatan agak mahal. Pesawat ini dilengkapi tingkap yang besar dan tirai yang boleh dibuka tutup secara automatik.

3Bilik Tidur Seperti Hotel Lima Bintang

Walaupun terlihat moden, namun bilik tidur dalam pesawat ini sangat minimalis dan agak mewah. Boleh dikatakan bilik tidur dalam pesawat itu setara dengan hotel lima bintang.

4Boleh Membawa 250 Orang Penumpang

Kapasiti pesawat ini boleh mencapai seramai 250 orang. Memang besar, ini kerana biasanya dalam sekali penerbangan, ramai yang akan ikut sekali untuk menjalankan tugas. Difahamkan, wartawan pun sering diajak sekali menaiki pesawat ini. Mereka biasanya diundang untuk membuat liputan kegiatan Presiden Mexico.

IKLAN

5Kos Penyelenggaraan Yang Tinggi

Bukan setakat harganya yang mahal, tapi kos penyelenggaraannya juga tinggi. Khabarnya, dalam satu tahun kos penyelenggaraan pesawat ini mencapai RM400 Ribu sebulan.
Tak menjadi hairan jika ia semahal itu kerana dalam pesawat itu khabarnya juga ada peti besi yang boleh menahan serangan misil hingga nuklear. Hebatkan?

Apa pendapat anda kalau Perdana Menteri Malaysia juga mempunyai pesawat seperti presiden Mexico ini? Ada kontroversi tak?