Tuesday, July 1, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Gossip

Julia Farhana Dedah Hampir Jadi Mangsa Gangguan Seksual Pengarah Terkenal

by Khai Azfar
September 6, 2018
15
KONGSIAN
Share on Facebook

Isu gangguan seksual bukanlah sesuatu isu yang seharusnya dipandang ringan. Malah sejak kebelakangan ini isu ini semakin berleluasa hanya kerana si mangsa takut dan enggan membuat laporan.

Jadi Mangsa Gangguan Seksual

Isu yang sama turut terjadi pada pelakon yang sedang meningkat naik, Julia Farhana. Ketika ditemui murai.my, Julia mendedahkan dia menjadi mangsa gangguan seksual seorang pengarah terkenal sehingga membuatkan dia berasa trauma untuk menjalani sesi uji bakat lakonan seorang diri.

“Saya rasa saya perlu kongsikan benda ini dengan anda semua. Saya pernah jadi mangsa gangguan seksual seorang pengarah tiga tahun lalu. Itu adalah kejadian yang paling memalukan dan paling menjatuhkan maruah saya sebagai seorang wanita.

Dia minta saya tunjukkan aksi lakonan menggoda dan saya terus pergi ke dinding untuk dijadikan props, tapi tiba-tiba pengarah itu minta saya goda dia.

Saya cuba menolak dan hanya duduk dengan jarak yang sesuai dengan dia tapi dia tetap suruh saya memegang dia. Dari situ saya dah tak rasa selesa”

Tambahnya lagi, selepas isu tersebut dia lebih berhati-hati untuk memilih produksi dan menghadiri sesi uji bakat di masa akan datang kerana enggan peristiwa yang sama berulang kembali.

Beri Nasihat Pada Pelakon Wanita

Ekoran dari kejadian tersebut, Julia mengambil keputusan untuk meninggalkan lokasi ujibakat tersebut dan menolak tawaran dari produksi yang sama meskipun ditawarkan beberapa kali.

“Lepas itu saya terus keluar dan tidak buat pun babak menggoda seperti yang dia suruh. Dalam bilik itu, ada penerbit produksi tapi dia hanya melihat sahaja tanpa membantu saya. Saya kemudian terus masuk kereta dan menangis semahu-mahunya sebab maruah saya terasa seperti dipijak-pijak.

Macam mana ada orang macam ini dalam industri! Sepatutnya orang macam dia melindungi pelakon-pelakon baru”

Jelas Julia, dia mengharapkan agar pelakon-pelakon terutamanya pelakon wanita agar sentiasa berwaspada dan sentiasa membawa teman kemana sahaja mereka pergi kerana gangguan seperti ini adalah sesuatu yang tidak diduga dan boleh menjejaskan karier mereka. Julia ditemui ketika di majlis pelancaran tiga drama bersiri Viu iaitu Salon, Jibril dan The Bridge di Sunway Damansara, Petaling Jaya

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
julia farhana
https://lomp.at/nu36b
Share6Tweet4SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem