Sunday, May 28, 2023
  • HYPE MY
  • DIVA MY
No Result
View All Result
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Selebriti

Gara-Gara Foto ‘Panas’, Ismail Izzani Telah Mengecewakan Keluarga?

by Ayden Mikhael
September 8, 2018
33
KONGSIAN
Share on Facebook

Gara-gara penyebaran foto adegan ‘memeluk’ bersama aktres yang penuh dengan kontroversi, Zarina Anjoulie di sebuah kelab malam baru-baru ini, penyanyi Ismail Izzani mengakui emosinya terganggu dan membuatkan dia mengalami kesukaran untuk tidur malam serta hidupnya tidak tenteram memikirkan isu tersebut.

“Sejujurnya, selepas kontroversi itu empat hari saya susah nak tidur kerana asyik memikirkan apa yang telah berlaku. Hati saya jadi tidak tenang dan hanya tidur tiga jam sehari. Kejadian hitam itu seperti baru berlaku semalam,” katanya kepada Mstar.

Kontroversi tersebut menjadi perbualan hangat netizen selepas aktres Fathia Latiff memuat naik gambar tersebut di Instagram miliknya namun ia dipadamkan tidak lama kemudian.

Sementara itu, anak kepada penyanyi era 1980an iaitu Datin Suliza Salam ini mengakui telah mengecewakan keluarga serta seluruh rakyat Malaysia.

“Sebelum ini mama (Suliza Salam) pernah menasihati saya supaya berhati-hati dan ingatkan dalam industri ini artis yang akan jatuhkan artis dan sekarang baru saya percaya kata mama itu betul,” tuturnya lagi.

Ditanya mengenai tohmahan dan pelbagai dakwaan yang dilemparkan dua pelakon itu dilaman sosial, Ismail memilih untuk tidak mahu mengulas lanjut. Ujarnya, berdiam bukan bererti salah dan dia akan berkongsi cerita sebenar apabila tiba waktunya kelak.

“Saya tak mahu komen mengenai apa yang didakwa oleh mereka kerana lagi kita bercerita akan membuka ruang kepada mereka.

“Bersabarlah… tiba masanya saya akan keluarkan kenyataan. Kami dah berbincang bersama keluarga dan pihak pengurusan untuk tidak ulas isu ini secara mendalam buat masa ini,” katanya.

murai.my berharap agar Ismail sekeluarga tabah mengharungi dugaan ini. Semoga perkara ini dapat mematangkan lagi Ismail dan lebih kuat dengan liku-liku kehidupan sebagai seorang selebriti, in shaa Allah.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini. 

FILED UNDER Datin Suliza Salamfathia latiffIsmail Izzanizarina anjoulie
Share13Tweet8SendShareShare

ARTIKEL BERKAITAN

Gossip

Fathia Latiff Rakam Babak Filem “Anwar: The Untold Story” Ketika Tayangan Perdana?

by Naddy Joe
May 16, 2023
Lokal

Dulu Muka Dikecam Seperti Mayat Hidup, Kini Fathia Latiff Tampil Dengan Penampilan Baharu Selepas Jalani Rawatan Estetik

by Puteri Alia
May 5, 2023
Gossip

Zarina Anjoulie Mahu Khazrul Elzey Buat Permohonan Maaf!-“Time Sebar Aib Bukan Main Riak…”

by Naddy Joe
February 24, 2023
Gossip

PU Syed Tegur Artis & Bekas Tunang Henti Sebar Aib Di Media Sosial?-“Cukup-Cukuplah Saling Mendedahkan..”

by Naddy Joe
February 22, 2023

IKLAN

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kecoh Pengacara Suka Berpantun Langgan Pelacur Dan Mak Nyah, Netizen Boleh Teka Siapa Dia -“2 3 Kucing Berlari, Mari Kita Cari…”

  2. 2

    [VIDEO] Netizen Terhibur Lihat Rita Rudaini Semak Kerja Sekolah Anak!

  3. 3

    Shila Dituduh Tidak Matang Kerana Update Status Putus Cinta, Ubai Mohon Orang Ramai Faham Perangai Bekas Kekasih Ketika Sedih

  4. 4

    [VIDEO] Peminat Teruja Lihat Suasana Rumah Mewah Marsha Milan!

  5. 5

    Azhar Sulaiman Makan Di Restoran Makanan Cina, Ada Yang Persoal Status Halal?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan