Menjalani kehidupan sebagai suami isteri selama lebih dari 70 tahun adalah sebuah pencapaian besar. Ratu Elizabeth II saling mengenali dengan Putera Philip Mountbatten, sejak baginda berusia 13 tahun. Mereka berkahwin pada 20 November 1947 dan tempoh pemerintahan Ratu Elizabeth merupakan paling lama di dunia.
Pada awalnya, Raja George VI tidak merestui pilihan calon suami Ratu Elizabeth. Perkahwinan mereka menimbulkan kontroversi, kerana Philip merupakan seorang penganut Ortodoks Greek, dan kakandanya mengahwini penyokong Nazi. Meski begitu akhirnya Ratu Elizabeth bernikah dengan Putera Philip. Mereka bernikah ketika Ratu Elizabeth berusia 21 tahun.
Putera Philip Haris Berkorban
Ratu Elizabeth dan Putera Philip menjalani kehidupan yang sama dengan pasangan lainnya selepas menikah. Bezanya adalah mereka harus mengikuti peraturan kerajaan yang ada, iaitu tidur di bilik berasingan yang masih tersambung.
Khabarnya alasan mereka memiliki ruang tidur terpisah adalah agar keduanya boleh selesa dengan privasi masing-masing.
Putera Philip Dikatakan Pernah Tak Setia

Dengan banyaknya mata yang mengawasi hal peribadi mereka, ada juga khabar angin mengenai pernikahan Ratu Elizabeth dan Putera Philip. Ada desas-desus mengatakan Putera Philip pernah beberapa kali terlihat bersama beberapa wanita lain. Namun berita tersebut tidak pernah terbukti kebenarannya.
Jarang Berpegangan Tangan Di Depan Orang Ramai

Selama bertahun-tahun pernikahan mereka, Ratu Elizabeth dan Putera Philip sering kali terlihat bersama-sama di depan umum. Namun, mereka tidak pernah terlihat berpegangan tangan ketika acara rasmi. Mereka terpaksa melakukan hal demikian untuk menjaga nama keluarga kerajaan yang dikenal sebagai keluarga yang berwibawa dan taat perintah.
Dari kesemua fakta-fakta unik tersebut, hubungan Ratu Elizabeth dengan Putera Philip tetap bahagia bersama hingga saat ini.



