Thursday, July 3, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti

Syatilla Melvin Dianggap Biadab & Derhaka Kepada Suaminya, Shaheizy Sam?

by Ayden Mikhael
September 16, 2018
21
KONGSIAN
Share on Facebook

Walaupun digelar biadap, kasar serta derhak kerana kerana panggilan ‘kau’ kepada suami dalam satu video dimuatnaik baru-baru ini, pelakon Syatilla Melvin berpendapat rasa hormat kepada pasangan bukanlah diukur daripada panggilan.

Kata Syatilla, dia dan suaminya, pelakon Shaheizy Sam memahami dan menghormati antara satu sama lain. Malah, hubungan mereka sudah terjalin lebih 10 tahun sebelum berkahwin.

“Kami sudah melalui susah senang bersama dalam tempoh perkenalan yang lama. Jadi, bagi saya, panggilan ‘aku’ dan ‘kau’ bukanlah sesuatu yang harus diperbesarkan.

“Tidak semestinya apabila saya membahasakan diri ‘aku’ dan ‘kau’, itu bermakna saya tidak menghormati Sam sebagai suami.

“Saya tidak menganggap panggilan itu sebagai biadap atau kurang ajar. Ini kerana Sam bukan saja suami, malah kawan baik saya.

“Biarpun panggilan itu dianggap kasar oleh sesetengah pihak, namun sebagai isteri, saya masih tahu menjaga batas. Ia sekadar gelaran mesra kami suami-isteri, bukanlah pengukur kebahagiaan hubungan rumah tangga,” katanya kepada BH Online.

View this post on Instagram

A post shared by Shaheizy Sam Samad (@shaheizy_sam)

Dakwaan berkenaan timbul apabila Shaheizy Sam memuatnaik video yang menunjukkan Syatilla memanggilnya ‘kau’ membuatkan netizen tidak senang. Ada yang menganggap Syatilla tidak menghormati Sam sebagai suami.

Sam dan Syatilla yang kini sedang hamil anak kedua itu mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016. Mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata bernama Syeriv Shamheizy.

Bagi pendapat murai.my, setiap pasangan mungkin ada cara yang berlainan untuk berkasih sayang dan mungkin ini cara bagi Syatilla dan Sam. Kalau dilihat hubungan pasangan ini juga, mereka nampak lebih bersahaja seperti kawan.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
[VIDEO] Adik Beradik The Melvins Buat 'Serumpun Challenge', Netizen Terhibur!
shaheizy samsyatilla melvin
https://lomp.at/uuka5
Share8Tweet5SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  4. 4

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

  5. 5

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem