Sunday, July 6, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti

Boy Iman Dedah Sikap Sebenar Datuk Seri Vida

by Phic ARMAN
September 18, 2018
Share on Facebook

Sejak kebelakangan ini, satu persatu kontroversi melanda usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida (DSV) Selepas isu hadiah barangan kemas palsu, timbul pula satu lagi isu mengenai Lavida Coin yang diumumkan haram oleh Bank Negara Malaysia. Mungkin ini satu ujian buat dirinya.

Menerusi akaun Instagram pelakon dan ahli perniagaan Boy Iman, dia terpanggil untuk bercakap sesuatu kepada orang ramai demi mempertahankan DSV.

Boy Iman sedar, sejak kebelakangan ini ramai yang bercakap negatif terhadap DSV tanpa memikirkan perasaannya.

Menurutnya, dia agak kecewa dengan sikap segelintir manusia yang gemar menokok tambah cerita malah menfitnah DSV.

“Janganlah bercakap seolah-olah awak itu sempurna, dijamin masuk syurga, menokok tambah cerita seakan-akan fitnah, membuka aib beliau dan sebagainya. Tegur ada caranya dalam islam lebih-lebih lagi kita melayu terkenal dengan adab dan budi bahasanya yang tinggi.

Cukup-cukup lah jadi “melayu yg tipikal”, sepatutnya anda sokong, menutup aib beliau, memberi kata-kata semangat. Ingat senang ke nak jadi macam beliau?

View this post on Instagram

A post shared by Dato Seri Vida (@datoserivida)

Seorang usahawan melayu yg berjaya. Cuba tengok ada ke bangsa cina mcm anda?
Bergossip, membawang, kecam, perli dan sebagainya. Mereka sokong bangsa mereka.
Mereka sayang pada orang yang berjaya serta jadikan mereka ini idola. Dari sudut bisnes dsv berjaya, Mungkin dari sudut peribadi adanya kekurangan..itu biasa.

Boy Iman mengenali DSV sejak 2013 apabila beliau menjadi penaja utama program tv beliau yang bertajuk “Diva De Vida” untuk siaran Astro Prima yang diterbitkan oleh Boy Iman dan syarikatnya.

Boy Iman memberitahu, dia juga yang menguruskan perkahwinan DSV yang kedua. Boy Iman berterima kasih kepada DSV kerana pernah menganggap dirinya seperti anak, begitu juga dirinya yang menganggap beliau seperti ibunya sendiri.

“DSV Seorang yang sangat baik, hamba Allah yang taat, pemurah, suka menderma, suka buat amal kebajikan dan suka bagi orang sama-sama berjaya, sangat mementingkan anak-anak, adik beradik dan keluarga beliau.

Jangan buat kerja Tuhan ya semua, menghukum seolah-olah kita Tuhan dan kita bukan hamba Dia.”

View this post on Instagram

A post shared by Dato Seri Vida (@datoserivida)

Terdahulu, menurut Malaysia Gazette, Lavida Coin telah pun disenarai hitam dalam senarai Amaran Pengguna Kewangan Bank Negara Malaysia. Laman web yang mempromosikan pelaburan itu juga adalah haram dan tidak diiktiraf serta diluluskan dibawah undag-undang Bank Negara Malaysia. Namun, DSV tetap tampil mempertahankan Lavida Coin dan menafikan dakwaan perniagaan kripto beliau itu adalah skim cepat kaya.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
https://lomp.at/p541k
Share4Tweet2SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem