Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Penyertaan Forteen Dalam Gegar Vaganza 5 Cetus Persoalan Netizen

by Khai Azfar
September 20, 2018
Share on Facebook

Semalam senarai 12 orang peserta Gegar Vaganza untuk musim kelima (GV5) telah diumumkan sekaligus menyaksikan konsert pengenalan ini akan diadakan pada minggu hadapan sebaik sahaja pentas akhir Big Stage berakhir pada minggu ini.

Kemunculan Penyanyi Berkumpulan Dalam GV5

Menariknya lagi dalam GV5 kali ini tiada lagi peserta dari negara seberang sebaliknya digantikan penyertaan peserta berkumpulan dan duo yang terdiri daripada Billy Zulkarnain, Kumpulan Elite dan juga Forteen. 9 Lagi peserta pula menyaksikan Safura, Amelina, Dia Fadila, Hetty Sarlene, Zamani, Shafie Rio, Noryn Aziz, Farawahida dan Maya Matahari.

Penyertaan Forteen Jadi Tanda Tanya

Seperti yang sedia maklum Gegar Vaganza adalah platform untuk penyanyi-penyanyi malar segar. Namun penyertaan Forteen di dalam GV kali ini dipersoalkan kerana ada yang mendakwa kumpulan ini masih lagi baru dan tidak layak untuk bertanding.

Tidak cukup dengan itu, terdapat juga dakwaan kononnya populariti mereka sudah tidak sehebat dahulu dan menjadikan pentas GV5 sebagai platform kemunculan mereka semula. Barangkali pihak Astro punyai alasan mereka tersendiri. Siapakah peserta pilihan anda? Nantikan gegaran mereka pada minggu hadapan.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
forteenforteen gegar vaganzagegar vaganza 5GV5
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Semua Pandang Skrin, Luahan Tentang Sikap Penumpang Dalam Pengangkutan Awam Cetus Perdebatan

  2. 2

    “Tak Suka UiTM, Just Decline’- Pensyarah ‘Sound’ Pelajar Yang Terima Tawaran Tapi Tak Minat

  3. 3

    Insentif: Dari Medan Tugas Ke Kelayakan Akademik, Ini Laluan Pintar Untuk Anggota ATM

  4. 4

    Lama Tersimpan Dalam Laci, Tapi Bila Dibuka… Keadaan Telefon Ini Buat Ramai Terkejut!

  5. 5

    Gambar Pernikahan Anak Perempuan Ku Nan, Nadira Dengan Anak Menteri Indonesia

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara