Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Indonesia

Kerana Ustaz Ini, Jenazah Abang Syahrini Menitiskan Air Mata

by Phic ARMAN
September 28, 2018
Share on Facebook

Pemergian abang kandung kepada bintang popular Indonesia Syahrini, Ridwan Zaelani, pada Selasa lalu (25/09/2018) masih memberi kesan mendalam bagi keluarganya. Sehingga hari ini, Syahrini dan adiknya, Aisyahrani, pun masih mengungkap kerinduan mereka kepada arwah.

Aisyahrani sempat menceritakan hal yang dialaminya, iaitu melihat jenazah abangnya menitiskan air mata. Hal ini terjadi selepas Aisyahrani memperdengarkan suara Ustaz Abdul Somad ke telinga jenazah abangnya.

View this post on Instagram

A post shared by Aisyahrani (@syh55)

Hal ini diceritakan menerusi Instagram Aisyahrani. Ustaz Abdul Somad pada ketika itu berada di Palu, Sulawesi Tengah, dan tak berkesempatan untuk menghadiri pengebumian Ridwan Zaelani. Oleh kerana itu, melalui video, Ustad Somad mengungkapkan kata-kata terakhir dan memberikan doa arwah.

Menurut Aisyahrani, jenazah abangnya, yang sudah tertutup matanya, menitiskan air mata setelah diperdengarkan pesanan dari Ustaz Somad tersebut. Diakui Aisyahrani, abangnya begitu mengidolakan Ustaz itu.

View this post on Instagram

A post shared by SYAHRINI (@princessyahrini)

Menerusi akaunnya, Aisyahrani berkata Ustaz Somad sudah dianggap sebagai tuan gurukepada arwah.

“Setelah dapat video ini, saya langsung dekatkan ke jenazah abang saya. Terus arwah menitiskan air mata, padahal matanya sudah tertutup,” demikian tulis Aisyahrani.

Dalam posting tersebut, dia turut meminta maaf jika ada kesalahan yang pernah dilakukan abangnya.

Ridwan meninggal akibat terkena renjatan arus elektrik bervoltan tinggi ketika mencuci kereta di tempatnya bekerja. Aisyahrani berkata dia akan menunaikan pesanan terakhir arwah, yang memintanya menjaga Syahrini serta ibu dan anak-anaknya.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Faisal Halim Jawab Mesej Tular- “Kita Boleh Berhubung Secara Baik”

  2. 2

    Ingatkan Kotor, Rupanya Bentuk Garfu Pula Jadi Perhatian! Pelanggan Terhibur Dengan Penemuan Pelik Di Restoran

  3. 3

    Anak Sulung Aziz Sattar Meninggal Dunia, Pernah Mengisi Layar Anakku Sazali

  4. 4

    Niat Nak Bercuti, Berakhir Di Dewan Bedah! Dakwaan Kecederaan Serius Di Taman Rekreasi Cetus Kerisauan

  5. 5

    Katil Besi Sampai Patah Dua! Penyewa Didakwa Hilangkan Diri Selepas Tinggalkan Kerosakan Cetus Rasa Kecewa

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara