Kasihan pula kami melihat nasib Juara Gegar Vaganza musim keempat, Aishah yang sehingga kini masih menantikan hadiah-hadiah yang dijanjikan pihak penaja. Selepas isu barang kemas palsu dari Dato Seri Vida, penyanyi yang berusia 53 tahun ini masih menantikan hadiah tanah lot banglo.
Tiada Hadiah Tanah Lot Banglo
Lebih mendukacitakan buat Aishah, dia baru saja mengetahui hadiah tanah lot banglo yang dimenanginya itu tidaklah seperti yang dijanjikan. Ini kerana menerusi perkongsiannya di Instagram, dia telah dimaklumkan akan menerima tanah lot yang lebih kecil dan bukanlah tanah lot banglo seperti umum sedia maklum.
“Tak tahulah nak menangis ke nak ketawa, sudahlah susah payah nak tuntut hadiah siap dengan maki hamunnya, minta tangguh lebih setahun. Sekarang diberitahu yang tanah dijanjikan itu bukan lot banglo, tapi lebih kecil, katanya itu perjanjian dengan badan penyiaran,”
Terkilan Hanya Dimaklumkan Selepas Setahun
Jelas terkilan, tambah Aishah dia turut mempersoalkan hadiah sebenar itu baru sahaja dimaklumkan selepas setahun pertandingan itu diadakan.
Aishah juga tidak menolak tujuan status tanah tersebut dianggap sebagai lot tanah banglo hanya kerana pihak tertentu ingin menjadikan program tersebut kelihatan ‘gah’.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.