Tuesday, July 1, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Musik

Mengapa Muzik Video Anta Permana, Siti Nurhaliza Dihentam & Dicaci?

by Ayden Mikhael
October 7, 2018
17
KONGSIAN
Share on Facebook

Nama penyanyi Dato Seri Siti Nurhaliza bukan asing lagi dalam industri seni nyanyian tanah air. Karya seni suara penyanyi nombor 1 Malaysia ini tidak pernah mengecewakan peminat. Setiap kali mendengar suara beliau, masih teringat lagu Aku Cinta Padamu yang menjadi hits pada tahun tahun 1997.

Terbaharu, Dato Siti kembali dengan single terbaharunya berjudul Anta Permana, hasil ciptaan dua komposer muda, Hael Husaini dan Ezra Kong. Anta Permana diambil daripada perkataan Melayu Klasik yang membawa maksud tidak terkira atau infiniti.

Tetapi muzik video lagu tersebut seakan mendapat kritikan dari netizen yang berpendapat video klip ini kurang menarik seperti video-video klip Dato Siti sebelum-sebelum ini. Ramai juga yang mengecam muzik video Anta Permana ini, apa pula pendapat pembaca murai.my pula ?

YouTube video

Muzik video yang dilancarkan pada 4 Oktober lalu menerusi saluran akaun DatoSNurhalizaVevo telah mendapat lebih kurang 415 ribu tontonan di laman Youtube. Turut mendapat 27 ribu tanda like dan 576 tanda tidak suka.

Ramai juga yang memuji muzik lagu Anta Permana ini dan seiring dengan suara lunak Dato Seri Siti Nurhaliza. Bagaimanapun, ada juga segelintir netizen kurang gemar dengan hasil video klip ini. Mereka meluahkan pendapat bahawa kewujudan penari-penari itu tidak sesuai untuk diletakkan dalam visual itu.

Adakah ini disebabkan muzik video ini dirakamkan atau dikaryakan di Malaysia? Ini disebabkan banyak video klip lagu Dato Siti sebelum ini mendapat sentuhan idea dari negara seberang, Indonesia?

Bagi murai.my pula, agak amat sukar untuk memuaskan hati semua pihak. Tetapi untuk setiap perkara yang kita lakukan, sudah tentu ada ruang untuk penambahbaikkan pada masa akan datang, in shaa Allah.  Tahniah Dato Siti atas hadiah lagu Anta Permana untuk peminat.
What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
[VIDEO] Gelagat Siti Nurhaliza Terperanjat, Buatkan Netizen Terhibur!-"Hahaha Comel Tokti!"
anta permanasiti nurhaliza
https://lomp.at/dbw7g
Share7Tweet4SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem