Hantu Kak Limah, hantu popular di kalangan rakyat Malaysia telah terlihat di LEGOLAND® Malaysia Resort semalam (7/9/2018) bersama teman barunya, LEGO® Lord Vampyre semasa menyertai sambutan Halloween Brick-or-Treat, iaitu sebuah acara yang seram tetapi penuh dengan keseronokan.

Bukan seperti di dalam filem, watak Hantu Kak Limah yang satu ini menikmati pengalaman yang menarik di sini, antaranya melengkapkan aktiviti–aktiviti di Hut Activity Trail dan menunjukkan kreativitinya di Speed Building Challenges. Hantu Kak Limah ini juga memakai pakaian Halloween dan bergaul dengan watak-watak LEGO® semasa menyertai Monsters’ Parade dan Brick-Or-Treat Party Night.

IKLAN

Keseronokan tidak terhenti di situ sahaja bagi Hantu Kak Limah. Dia juga mengambil bahagian di dalam aktiviti-aktiviti lain di sekitar taman tema seperti sesi melawat bangunan LEGO® bersama rakan-rakannya.

Untuk pertama kalinya, dia juga berpeluang menaiki roller coaster realiti maya di The Great LEGO® Race VR Coaster. Hantu Kak Limah telah menikmati pengalaman yang menakjubkan di LEGOLAND® Malaysia Resort.

Jika anda berminat, anda boleh menyertai aktiviti-aktiviti menarik Brick-or-Treat bermula 1 hingga 31 Oktober 2018.  Anda boleh dapat info yang lebih jika layari www.legoland.com.my

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry

Komen Anda