Awal bulan Mei lalu, Blake Lively secara mengejutkan telah memadam (atau men-archive) semua foto-fotonya yang ada di akaun Instagram miliknya. Bahkan, dia juga meng-unfollow semua orang termasuk suaminya, Ryan Reynolds. Lively, hanya follow satu akaun sahaja iaitu akaun yang bernama Emily Nelson. Dipendekkan cerita, apa yang dilakukannya tersebut semata-semata hanya gimik untuk mempromosikan filem terbarunya A Simple Favor.
Menariknya, dalam filem tersebut Lively memegang watak sebagai Emily Nelson, sama seperti nama akaun Instagram yang di follow nya. Filem “A Simple Favor” yang bergenre thriller misteri ini diadaptasi dari sebuah novel yang ditulis oleh Darcey Bell. Selain Lively, filem ini juga dibintangi oleh Anna Kendrick dan artis kelahiran Malaysia Henry Golding.
Filem yang diadaptasi dari novel Best Seller ini telah membawa pelakon kacak dari Malaysia iaitu Henry Golding. Selepas “Crazy Rich Asians” anak kelahiran dari Borneo ini kembali dengan A Simple Favor. Memegang watak sebagai Sean Towsend, suami kepada Emily Nelson (Blake Lively). Lakonannya didalam filem tersebut pasti membuatkan anda kagum dengan kehebatan lakonan beliau dan untuk para wanita mesti cair punyalah!
Bukanlah tipikal filem Psiko, filem A Simple Favor ini akan membawa penonton merasai pelbagai elemen emosi di dalamnya apabila menonton. Yang pasti akan membuat penonton ketawa, sedih, takut dan juga geram. Pastinya filem ini akan menjadi Filem kegemaran anda!
Selain Henry Golding, watak utama di dalam filem ini adalah Blake Lively dan Anna Kendrick. Sejujurnya mereka berdua adalah dua pelakon yang sangat serasi dan berbakat yang membuatkan filem ini hidup. Dua pelakon ini juga telah membawa watak mereka dengan sangat sangat baik. Siapa sangka pelakon cantik, girlish mampu membawa watak Psiko dan Ya! watak Psiko itu Menjadi!
Sinopsis
A Simple Favor mengisahkan Stephanie Ward (Anna Kendrick), seorang ibu dan suri rumah tangga dan juga seorang blogger, yang bersahabat dengan Emily Nelson (Blake Lively). Emily telah meminta Stephanie A Simple Favor (pertolongan yang mudah) iaitu menjemput anak Emily dari sekolah dan menjaganya untuk sementara waktu. Namun selepas beberapa hari, Emily tidak munculkan diri dan telah menghilangkan diri.
Dimana Emily? Apa terjadi kepada Emily? adakah Stephanie adalah dalang disebalik kehilangan Emily?
Buat anda peminat filem Thriller dan Psiko pastikan anda tidak ketinggalan menonton filem A Simple Favor yang akan mula ditayangkan di seluruh pawagam GSC berhampiran anda bermula pada 11 Oktober ini.
Filem Wajib Tonton ini Wajib anda tonton! mula tayang pada 11 October 2018! Go! Grab your ticket now!
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.