Sebelum ini, netizen tampil membuat pelbagai spekulasi dengan mendakwa pelakon Natasha Hudson mengalami masalah rumah tangga dengan suaminya, Carleed Khaza atau Khalid Kamal.

Sudah Berpisah Tahun Ini

Terbaru, pelakon cantik itu mengaku sudah berpisah dengan baik pada tahun ini sekali gus memperakui dakwaan netizen. Segalanya bermula apabila Natasha memuat naik sebuah posting di Instagram nya pada September lalu yang mencetuskan pelbagai persoalan dari pengikutnya.

“Saya sudah bergelar solo dan kami berpisah secara baik. Maaf, buat masa ini, saya tidak dapat mengulas lebih terperinci mengenai perpisahan kami. Saya harap semua pihak beri saya dan keluarga ruang untuk menyelesaikan perkara berkaitan terlebih dahulu,”

Perpisahan Kali Ketiga

Pelakon yang berusia 36 tahun ini telah berkahwin dengan penyanyi dan komposer muzik, Carleed berkahwin pada April 2012 dan perkahwinan itu merupakan perkahwinan ketiga bagi Natasha.

Hasil perkongsian hidup , mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Naeema Kalila dan Faatimah. Dalam perkahwinan terdahulu, Natasha memiliki seorang anak, Neesa Helena. Semoga Natasha akan terus kuat dan tabah menghadapi segala ujian!

IKLAN
Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry