Wednesday, July 9, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Gossip

Syazwan Zulkifly Mempersoalkan Kemenangan Pemenang ABPBH31 Yang Beli Undi?

by Ayden Mikhael
October 14, 2018
Share on Facebook

Anugerah Bintang Popular Berita Harian yang ke-31 (ABPBH 31) sehingga kini masih lagi diperkatakan, biarpun sudah seminggu berlalu. Termasuklah pelakon Syazwan Zulkifly yang baru-baru ini menerusi laman Twitter miliknya telah mempersoalkan kegagalan kawannya, pelakon Shukri Yahaya tercalon dalam kategori pelakon popular ABPBH 31.

Menurutnya, aktor itu sudah membuktikan popularitinya menerusi drama-drama yang mendapat rating tinggi. Malah Syazwan juga mempersoalkan pelakon yang berlakon satu drama setahun pula yang boleh boleh menang.


“Kenapa kawan saya @shukriyahaya tak tercalon langsung ye? Dengan rating-rating drama yang beliau dah buat pun, top 5 pun tak dapat? Yang berlakon satu drama setahun pula boleh menang? Ajaib…”, tulis Syazwan di Twitter.


“Takkanlah kawan yang berjuta-juta rating dramanya di televisyen takda langsung orang undi ye dok?” soalnya yang meluahkan pendapatnya.

Pada malam kemuncak ABPBH31 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) itu pada 7 Oktober lalu mengangkat Wany Hasrita sebagai Bintang Paling Popular.  Selain itu, pasangan Fattah Amin dan Fazura memenangi kategori Pelakon TV Lelaki dan Wanita Popular.

Syazwan berkata, biarpun Shukri tidak kisah tentang perkara tersebut, namun dia sebagai pelakon yang masih aktif dalam industri menganggap ia sebagai sesuatu yang pelik.  Tambahnya, mekanisma yang digunakan bagi memilih pemenang berdasarkan populariti meragukan banyak pihak.


“Kunonya industri saya ni, boleh kamu terangkan populariti itu apa? terkenal ke? paling banyak tekan ke atau banyak beli. Kalau terkenal, tak payah kelab peminat pun boleh menang,” ujarnya lagi.

Hmmm… Apa yang Syazwan perkatakan itu ada banyak betulnya juga kan? Yang berlakon satu drama setahun boleh menang pula? murai.my ada terima info yang mengatakan bahawa ada artis ni menang disebabkan dia keluarkan duit puluhan ribu di saat-saat akhir untuk pastikan diri dia menang disebabkan TAKUT KALAH di tangan pesaingnya? Wallahu a’lam.

Syazwan Zulkifly
https://lomp.at/d2ptl
Share2Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  4. 4

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

  5. 5

    [VIDEO] Norman Hakim & Abby Abadi Rai Hari Lahir Marissa Dania, Curi Perhatian Netizen!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem