Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

Kenali Yazmin Aziz, Penyanyi Berbakat Kacukan Malaysia-Filipina

by Phic ARMAN
October 15, 2018
10
KONGSIAN
Share on Facebook

Pemenang tempat ketiga Bakat Ohsem Malaysia 2017 (BOM) anjuran hurr.tv, Yazmin Aziz tampil dengan single pertamanya bergenrekan R&B-Pop Balada berjudul
‘Lihatlah’.

Komposer bagi lagu ini adalah Vince Chong bersama Yazmin Aziz dengan lirik oleh Yazmin Aziz dan M. Zulkifli. Pemilik nama penuh Yazmin Aldwin Abdul Aziz ini berusia 17 tahun dan sedang melanjutkan pelajaran di tingkatan lima di Sekolah Menengah Sri Hartamas Kuala Lumpur.

View this post on Instagram

A post shared by Yazmin Aziz (@yazmin.aziz)

Muncul naib juara pertandingan Maybank Talent pada tahun 2012 membuka lembaran baharu kepada penyanyi kacukan Malaysia-Filipina ini. Pada April 2017, beliau telah merangkul pingat emas bagi kategori junior di pertandingan Malaysian Championship of Performing Arts.

Mewakili Malaysia di World Championship of Performing Arts di California pada tahun sama, beliau muncul pemenang pingat perak bagi kategori junior mengalahkan ratusan peserta lain dari seluruh dunia. Turut menguasai bahasa Tagalog, Yazmin mewakili Malaysia di Global Pinoy Singing Idol di Filipina pada Februari 2018 dan muncul antara 6 peserta terbaik di pertandingan berkenaan.

View this post on Instagram

A post shared by Yazmin Aziz (@yazmin.aziz)

Kerjasama dengan Vince Chong dan M. Zulkifli bermula sejak Mac 2018. Vince Chong seperti yang dikenali adalah juara bagi sebuah pertandingan realiti pada tahun 2003. Beberapa buah albumnya mendapat sentuhan sendiri dengan beliau menjadi komposer bagi lagu-lagu hit antaranya Percayalah.

Sayang, Mengapa Harus Cinta, Janji-Janji dan Hanya Kau. Manakala penulis lirik M. Zulkifli menyumbangkan khidmatnya bagi lagu-lagu popular seperti Ku Milikmu nyanyian Dato’ Seri Siti Nurhaliza, Igauan Semalam nyanyian Fauziah Latiff dan Ku Teruskan nyanyian Liza Hanim.

Pembikinan lagu ‘Lihatlah’ dilakukan pada 19 Julai 2018. Lagu ‘Lihatlah’ adalah coretan kisah kehidupan Yazmin yang dilaluinya semasa membesar. Perjalanan hidupnya yang sukar menginjak ke alam dewasa bukanlah satu penghalang untuk beliau mencapai apa yang diinginkan.

‘Lihatlah’ membawa pendengar untuk melihat dan memahami semangat Yazmin yang kekal tabah sekaligus berjaya membuktikan dirinya mampu bangun menjadi seorang yang lebih cekal dan kuat untuk menempuh kehidupan. Lagu ini mendapat kerjasama edaran digital oleh Warner Music Malaysia yang telah dimuatnaik ke beberapa platform digital seperti iTunes, Apple Music, Spotify, Joox, KKBox, Yonder Music, Deezer dan Akazoo.

Manakala video muzik ‘Lihatlah’ boleh ditonton di laman YouTube Warner Music Malaysia pada 5 Oktober 2018.

Error happened.
[VIDEO] Konsert Bukan Pertandingan Vokal! Ini Sebab Kenapa Konsert Fauziah Latiff 'Full House'
Fauziah Latiffliza hanimM. Zulkiflivince chongWarner Music MalaysiaYazmin Aziz
https://lomp.at/e34m4
Share4Tweet3SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  2. 2

    Rakyat Bimbang? 5 Perkara Tentang BUDI MADANI Yang PMX Baru Je Umum, Anda Perlu Faham

  3. 3

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  4. 4

    Arab Saudi Laksana Hukum Hudud, Saiful Apek Kecewa Yassin Masih Ditahan Atas Tuduhan Berat

  5. 5

    Simpati Lihat Penampilan, Lelaki Terkejut Lepas Tahu Identiti Sultan Brunei- “Vibe Seperti Ayah Di Kampung”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara